Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 29 October 2013

Orang Melayu Boleh Berjalan Kaki Ke Mekah


MyAdmin™ | 11/19/2010 |

Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. MalaysiaSensasi kali ini akan membawakan anda satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.

Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.

Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.

Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..

Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah: MalaysiSensasi

Datuk Bahaman Pahlawan Semantan (Pahang)


Asal

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu.

Bapa Dato’ Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. 

Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. 

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan Inggeris. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskan kebangkitan di Pahang.

Awal penentangan

Segala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai Residen Pahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur. 

Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsa asing itu mengambil kesempatan untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu.

Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka, British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen untuk membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk menjajah Pahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri itu. 

Pihak British seterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas dan padi.

Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad mengadakan mesyuarat bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar Pahang di Kuala Bera, Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut, semua pihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan campurtangan pihak Inggeris ke atas Pahang.

Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, kekanda kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad telah menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalam pemerintahan Pahang. 

Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen British di Pahang.

JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeri tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan mentadbir Pahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri. 

Sultan Ahmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Antara peraturan diperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu. Antaranya ialah melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.

Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesar diberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik pegawainya, E.A Wise untuk mengutip cukai. 

British juga melantik E.A Wise sebagai majistret dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab menjalankan tugas berkenaan sebelum itu.

Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato’ Bahaman. Beliau enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. 

Tindakan Dato’ Bahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh pahlawan itu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato’ Bahaman itu turut disokong penduduk yang enggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.

Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. 

Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. 

Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato’ Setia Perkasa Pahlawan, Orang Kaya Semantan.

Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato’ Bahaman bersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telah memalukannya.

Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasi tindak-tanduk Dato’ Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak Inggeris menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang memancing ikan. 

Ketiga-tiga orang pengikut Dato’ Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.

Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. 

Kesabaran Dato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan.

Pada Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato’ Bahaman dan orang-orangnya. 

Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak Inggeris yang diketuai Hugh Clifford mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. 

Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. 

Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Pengistiharan persetiaan

Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.

Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya

Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir. 

Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.

Persetiaan sumpah

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. 

Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Tok Guru Peramu dikatakan sebagai Datuk Bahaman

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. 

Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. 

Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

Monday, 28 October 2013

SYRIA dipermain Yahudi USA


Dunia sedang diperbodohkan oleh Dajjal Mata Satu. ................ ada yang masih belum celik lagi,


Bagi yang telah celik, adakah  anda telah bersedia? Jika sudah, apa  persediaannya?

Lupakanlah sengketa, kembali segera ke jalan lurus. Jalan yang amat dibenci Dajjal.

Anda yang berada di bumi (tanah) yang dijanjikan amat bertuah kerana dipelihara buat sementara sehingga masanya Yakjud dan Makjud membaham kamu.  Bacalah dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh kru Umat Terakhir - salinannya ada di sini:




Komplotan kamu dengan USA akan mensegerakan kehancuran kerana USA adalah bayangan Dajjal.


Perhatian !! Alert !! Warning !! !! Warning !!

Russia? China? Yahudi? Akan Mengerumuni negara Islam berpusat di Syam *(Termasuk Palestin)


Warning !! Warning !! Warning !! Warning !! Warning !! Warning


Perang Aleppo? - Syria : suatu tanda akhir zaman semakin dekat?.

Sabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq dan di Dabiq (dekat Damasyik). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. 

Dan ketika mereka sudah berbaris- baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata,

Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. 

Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam as "(HR. Muslim dari Abu Hurairah RA)Sabda Rasullullah saw: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. 

Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit- bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. 

Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera ". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a melapurkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan...

Maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. 

Sepertiga (sebahagian daripada tentera). Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

(Sahih Muslim Kitab Al-Fitan Wa Ashrat As-Sa'ah, No. 6924)


LELAKI  HABSYAH?


Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...

Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

-AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

-LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? 

Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah (kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....

Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:

DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN. SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.

Akhir Zaman

Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

>> Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:

>> Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?

Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

>> Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

>>Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:

>> Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:

>> Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:

>>Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Nuclear Weapon

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..



Sunday, 20 October 2013

Bacaan Qunut yang selalu dibaca

http://afiqme.blogspot.com/2013/10

Bacaan Qunut yang selalu dibaca oleh masyarakat di sini ketika fardu subuh itu sebenarnya adalah qunut semasa solat witir. Dalilnya:

قَالَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الْوِتْرِ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Al Hasan bin Ali r.anhuma berkata, Rasulullah SAW mengajariku beberapa kalimat yang saya ucapkan dalam (qunut) solat witir, iaitu:
'ALLAHUMMAHDINI FIIMAN HADAIT, WA'AAFINI FIIMAN 'AFAIT, WATAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT, WABAARIK LII FIIMA A'THAIT, WAQINII SYARRAMA QADLAIT, FAINNAKA TAQDLI WALAA YUQDLA 'ALAIK, WAINNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT, TABAARAKTA RABBANA WATA'AALAIT.'
(Riwayat at-Tirmidzi. Sahih)

Oleh itu, anda boleh melazimi solat sunat witir anda dengan membaca doa qunut ini.

Adakah ada riwayat Rasulullah qunut pada setiap kali solat fardu subuh?
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW hanya qunut pada solat subuh jika mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum. Dalilnya:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا يقنتُ في صلاة الفجرِ إلا إذا دعا لقومٍ أو دعا على قومٍ

"Nabi SAW itu tidak pernah qunut dalam solat fajar (subuh) kecuali bila untuk mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum."
(Riwayat at-Tabari, az-Zahabi, ibn Hibban dan ibn Khuzaimah. Isnadnya sahih dan ada yang menilainya hasan)

Oleh itu, berdasarkan hadis ini, dapat kita ketahui bahawa qunut subuh tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW secara terus menerus.

Berkenaan dengan hadis:

ما زال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقنُتُ في الفجرِ حتى فارقَ الدنيا

"Rasulullah SAW itu selalu berqunut dalam Solat Subuh hingga beliau wafat."

Hadis ini darjatnya lemah (dhaif) kerana di dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ar-Razi. Dia bukan seorang yang kuat dan hadisnya tidak dapat dijadikan hujah.

Menurut Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah: "Tidak masuk dalam akal kita bahawa selama hidupnya Rasulullah SAW berqunut dalam solat Subuh, tetapi ditinggalkan begitu sahaja oleh para khalifah sesudahnya. Bahkan ada keterangan bahawa Anas sendiri juga tidak berqunut dalam solat subuh."

Wallahu a’lam.


" أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا يقنتُ في صلاة الفجرِ إلا إذا دعا لقومٍ أو دعا على قومٍ

"Nabi SAW itu tidak pernah qunut dalam solat fajar (subuh) kecuali bila untuk mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum."
(Riwayat at-Tabari, az-Zahabi, ibn Hibban dan ibn Khuzaimah. Isnadnya sahih dan ada yang menilainya hasan)" 

Salam sahabat, nk tanya yer, apakah yg dimaksudkn dgn hasan? 

:)Reply

Replies


Hadis yang diterima (maqbul) terbahagi kepada dua... sahih dan hasan ... kedua2 boleh dijadikan hujah.. jika dinilai sahih, hadis itu benar2 kuat ... daya ingatan perawinya benar2 kuat ... jika hadis hasan pula, perawinya bukanlah tidak kuat, tetapi daya ingatannya tidak sekuat perawi hadis sahih .. itu perbincangan asas mengenao hadis sahih dan hasan ... ada lagi aspek2 yg mendalam dan perbincangan yang lebih detail spt ada pula sahih lizatihi, lighairihi dan sebagainya ... 

cuma apa yg lebih mudah nak faham... hadis sahih dan hasan boleh diterima sebagai hujah hukum syarak. wallahua'lam

DUA orang lelaki..berebut..NAMA perempuan..

Kes SATU :  W sedang bertengkar hebat dengan Y...Mana BOLEH..Sarimah..isteri saya...Maka Y pun berkata : Oh no no no.. SARIMAH..adalah isteri saya...weh bila nak habis dah...
Sebenarnya..isteri W dan Y...memang bernama SARIMAH...tapi pada pandangan W ( Sarimah itu kulit putih )...tapi pada Y..Sarimah itu..kulit hitam legam...
Maka W dengan Y..nak bertengkar...buat apa..?? Kan BODOH namanya...
Kes DUA :  kalau MELAYU Islam dari Semenanjung..pergi ke Sabah atau Sarawak..kerana bertugas dua tiga tahun..apakah dia kena TUKAR kepada Tuhan ALLAH versi...Sabah Sarawak pulak...
Penyelesaiannya : kalau orang Melayu Islam..diberikan pendidikan SEPENUHNYA ..ilmu AQIDAH atau keIMANan...versi ahli sunnah wal jamaah..Kalimah ALLAH ini..tak menjadi ISU BESAR..membuang MASA dan tenaga sahaja...

Sewaktu 'Allah' tiada muncul di bibirmu




9:38AM Okt 18 2013

Suatu hari tiba-tiba Ronasina, si kartunis itu, melontarkan pertanyaan penuh filsafat. Dan sekali gus pernyataan politik dan budaya. Juga, satu testamen agama.

"Budak ini panggil tuhan dia apa?" tulis bapanya Mohd Affandi Ramli, si kartunis itu, di Twitter dengan melampirkan wajah penuh mentah An-Nur.

Kata-kata ini tiada makna segera lagi kuat jika kita tidak mengenali Ronasina, penerbit majalah Posto, dengan anak kecilnya yang mengalami kelumpuhan otak, cerebral palsy.


Baru-baru ini beliau terpaksa membawa harapan anak ini kepada timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat, menarik tangan keprihatinan kerajaan dalam masalah pendidikan bagi mereka yang alami cerebral palsy (kanan).
"Segera! Anak kami perlu sekolah!" memorandum kumpulan Hope2 Walk itu menjerit.

Kenalan ini, yang saya tidak pernah cuba mengenalinya dengan akrab, mencetuskan sisi lain polemik 'Allah' itu milik siapa, orang Islam sahaja atau turut dikongsikan dengan umat Kristian.

Barang kali si bapa tertanya-tanya kenapa manusia, yang boleh bertutur, asyik bertekak siapa yang layak memiliki nama 'Allah'.

Bagaimana nasib insan yang tidak mampu berkata-kata atau nyawa yang tidak mampu berrasional seperti selayaknya manusia normal?

Di luar bahasa, di luar akal

Lalu saya, seperti obsesi selama bertahun-tahun, menjawab:

Tuhan tidak ada pada nama sebab semua kata-kata, alat kesedaran diri, menipu. Kita temui-Nya di luar kesedaran, supra-rational.

"Bahasa hanya alat ciptaan manusia. Tuhan juga berkata-kata dalam bahasa manusia untuk kita kenali. Tapi hadir-Nya di luar bahasa," tambah saya di Twitter.

Bahasa itu rekaan rasional manusia untuk memudahkan komunikasi. Walaupun sungguh bertenaga, termasuk untuk tujuan menjahamkan, bahasa tetap juga mengandungi kelemahannya.

Ia hanya perwakilan hasrat hati, pergolakan akal dan kecelaruan dunia di sekeliling kita; alat propaganda politik dan sekali gus luahan resah batin.

Ia hanya pinjaman yang bersifat sementara, kenderaan rasional yang membawa makna dari individu kepada individu lain. Makna yang terbatas, yang mengelirukan dan yang boleh disalahtafsirkan.

Oleh itu, bahasa, biarpun alat kesedaran diri, tidak pernah cukup untuk mencapai kedalaman rohani, termasuk pengalaman bertuhan.

Allah tidak bersemayam pada dan dalam bahasa. Dia berada di luar bahasa, di luar akal, di luar kesedaran diri, di luar pengalaman rasional.
Allah, tuhan sekalian alam (baca: kecuali untuk terbitan mingguan The Herald), tidak ada pada nama, dan tidak ada pada bahasa apa pun. Malah, Allah sebenarnya hilang dalam bahasa.

Bahasa, yang menipu dan mengelirukan itu, menyembunyikan Allah daripada manusia seperti Dia melarikan makna 'alif lam mim'  kita.

Bukan pendukung kesalehan peribadi

'Allah' sebagai kata nama khusus - daripada kata nama umum, ilah - menjadikan kita berteka-teki apakah hakikat Diri-Nya. Ibarat bijak pandai berteka-teki rahsia apa yang tersirat di balik kalam-Nya, 'alif lam ra'.

Kalam kudus Tuhan dalam kitab-kitab suci yang kita namakan wahyu dari langit akhirnya terpenjara dalam bahasa dan makna manusiawi; sebab itu saja alat rasional lagi mudah memperkenalkan diri-Nya.

Wahyu, yang kita pelajari dan ditanggapi dengan akal sihat, hanya ketukan di muka pintu. Kita buka, jika berjaya, kenallah kita pada-Nya. Tetapi mampukah kita menarik-Nya bertamu di rumah kesedaran diri kita?

Tidak mungkin! Kerana bahasa itu membataskannya dan perebutan nama Allah hanya kesia-siaan bagi mereka yang mencari rasionaliti agama dalam bendungan kuasa dan budaya.

Jadi pertengkaran kita itu tidak lebih daripada pergeseran politik, agama dan budaya, bukannya perselisihan pengalaman rohani.

Pendukung 'Allah' hanyalah pendukung politik, agama dan budaya, bukannya pendukung kesalehan peribadi. Tiada kesalehan dalam persaingan ini.

Kealiman peribadi yang datang daripada kehadiran diri bersama Allah tidak cukup dengan kata-kata. Jadi, untuk apa ia diperebutkan?

Pengenalan ini ibarat jatuh hati kepada kekasih dan 'Allah' itu tidak ubah ungkapan 'aku cinta padamu' yang menggetarkan jiwa tetapi percintaan bukan sekadar luahan nafsu dalam rangkap itu.

'Allah' barangkali, bagi kekasih yang buruk, tidaklah lain daripada usaha menanam tebu plastik di bibir palsu.

Namun, di sisi nuraninya yang dalam dan jernih, An-Nur seperti juga anak-anak kecil lain pastinya lebih dekat dan lebih mengenali Allah-nya daripada kita yang waras, yang pandai menyusun kata-kata.

FATHI ARIS OMAR seorang anggota sidang pengarang Malaysiakini dan sentiasa cuba menyelami keterbatasan bahasa.

Saturday, 12 October 2013

Apa Bezanya makrifat Tok Kenali dgn Makrifat lain?

http://makrifattokkenali.com/2013/04/06/apa-bezanya-makrifat-tok-kenali-dgn-makrifat-lain/


by makrifattokkenali

Syukur kepada Allah swt, kerana telah bertanya Tuan Fendi (019 62704990) akan soalan ini. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang drahmati Allah sekalian. Sebenarnya makna dan erti makrifat itu, adalah bermaksud mengenal. Manakala makrrifatullah pula, adalah bermaksdud mengenal Allah. 

Makrifat dari segi makna, erti dan maksud, ianya adalah sama, yang berlainannya diantara makrifat Tok kenali dengan makrifat guru-guru lain itu, adalah samaada makrifat (mengenal) yang diajar itu sampai kepada tahap benar-benar mengenal atau tidak!. 
KERAjaan BN UMNO Malaysia..yang paling BANGANG

Ramai orang dan ramai diantara guru yang mengelar dirinya seorang guru makrifat, tetapi pada kebanyakkan atau yang menjadi masaalahnya sekarang ini, ramai yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal!. Mengaku guru makrifat (mengenal Allah) tetapi tidak mengenal Allah. 

Ramai yang ingin bercakap tentang mkrifat, tetapi ternyata diri guru yang bercakap makrifat itu, sebenarnya ternyata masih duduk dalam ilmu feqah. (bercakap makrifat tetapi duduk dalam syariaat), inilah kebanyakkan guru yang kita jumpa sekarang. 

Soal: Bagaimana Cara Untuk Mengenal Guru Makrifat Yang Sebena-benar Mengenal Allah?. 

Jawab: 

1) Cara untuk mengenal guru yang sbenar-benar mengenal makrifat atau sebenar-benar guru megenal Allah itu, adalah bilamana seorang guru itu, gaya, kaedah atau jalan ceritanya adalah sama dengan guru-guru makrifat yang lain. Iaitu tidak sedikitpun bercanggah seorang guru makrifat dengan guru makrifat yang lain!. 

2) Untuk mengukur, megetahui atau untuk mengenal samaada ianya seorang guru makrifat yang benar atau tidak, tuan-tuan boleh lihat cara beliau berceramah atau berdakwah, lihat apakah bicaranya samaada menuju kepada berserah diri kepada Allah atau tidak!. 

Guru makrifat sebenar, kaedah berceritanya hanya tertuju, tertumpu dan mengarah kepada menafikan keberadaan diri. Diri sebenar kita itu, adalah mati, binasa dan sebenar diri kita itu, adalah tidak ada dan mati sebelum mati (Al mutu kablaan Tamautu). Guru yang sebenar-benar makrifat itu, adalah guru yang hanya tahu bercerita tentang ilmu mati, bukan bercerita tentang ilmu hidup. 

Untuk membezakan antara guru makrifat dengan guru makrifat itu, tuan-tuan boleh nilai atau tuan-tuan boleh lihat, 

3) Kiranya guru itu masih berkehendak kepada pahala dari amalnya, itu tandanya guru syariaat atau guru feqah. Iaitu masih mengajar ilmu syurga, ilmu pahala, ilmu ganjaran dan ilmu balasan dihari kemudian itu, adalah petanda guru itu guru feqah (guru syariaat). 

Seumpama dalam perkara ibadah. Guru yang tidak mengenal Allah atau guru yang bukan dari kalangan makrifatullah, ilmu yang diajar itu, pastinya ilmu yang hanya berkehendak kepada syurga, pahala, ganjaran serta balasan nikmat Allah. 

Seumpama berzikir, berzikit guru yang bukan dari kalangan orang makrifat itu, pastinya berzikir (ingat kepada Allah) itu, berkehendak kepada jumlah bilangan. Samaada 11 ribu, 44 ribu dan 100 ribu sehari semalam. 

Contoh ajaran ilmu dari guru makrifat; 

4) Adapun zikir (ingat) kepda Allah bagi guru orang makrifat pula, tidak berkehendak kepada jumlah atau bilangan. 

Perkataan zikir itu, adalah bahasa Arab. Bilamana diterjemahkan kedalam bahasa Melayu, zikir itu adalah bererti, makna atau maksudnya ingat. Guru makrifat yang sebenar sampai kepada makam makrifat itu, adalah guru yang tidak mengalakkan muridnya berzikir (ingat kepada Allah) dengan berlandaskan jumlah, kiraan, bilangan atau hitungan buah tasbih. 

5) Sebenar guru makrifat itu, adalah guru yang mengajara ingat kepada Allah itu, hendaklah diketika berdiri, duduk atau baring (tidur), yang tidak mengikut hitungan buah tasbih. Ini sebagai contoh sahaja, bagi menjelaskan perbezaan diantara guru makrifat dengan guru yang bukan dari kalangan makrifat!. 

6) Guru yang bukan dari kalangan orang makriaft itu, adalah guru kepada orang hidup, manakala guru orang makrifat itu, adalah guru kepada orang yang mati! (Mati sebelum mati). Itulah bezany antara guru makrifat dengan yang bukan makrifat! 

7) Guru yang bukan makrifat itu, adalah guru yang hanya mengajar perkara-perkara yang menghitung pahala dan menghitung ganjaran syurga. Manakala guru makrifat pula, berpandangan bahawa yang mengerakkan kita beribadah, alim, rajin, taat, patuh dan sujud kepada Allah itu, adalah dari kehendak Allah sendiri, bukannya hasil dari jerik, penat, lelah atau kemampuan kita. 

8) Guru makrifat tidak mengajar supaya begantung kepada amal!. Sedangkan amal itu sendiri adalah milik Allah, bukannya milik peribadi kita!. Jika Allah tidak berkehendak supaya kita berdiri, masakan kita boleh bediri sembahyang?. 

9) Guru makrifat beranggapan bahawa segala syurga atau neraka itu, adalah nikmat pemberian Allah kepada kita, bukannya boleh dipilih, dijangga atau didapati mengikut kehendak kita. Itu hak Allah yang akan hanya diberi kepada sesiapa yang dikehenaki Allah. Syurga atau pahala itu, bukan hak peribadi kita, kerana ibadah yang kita kerjakan itu, bukan atas daya upaya kita, jika tidak dikehendai Allah. 

Masakan kita boleh minta upah dari kerja orang. Masakana orang lain yang bekerja kita pula yang nak minta upah. Inilah yang diajar oleh guru makrifat. 

10) Bilamana diri kita sudah mati, masakan kita boleh lagi bergerak untuk beramal?. Sebenar-benar diri kita itu, sebenarnya sudah mati sebelum mati. Sekiranya kita sudah mati, masakan kita boleh bekerja untuk melakukan ibadah dan apakah orang mati boleh bekerja dan apa lagi untuk minta upah?. 

11) Guru makrifat itu, adalah seorang guru yang mati (orang yang mati sebelum mati). Ilmu yang mereka ajar itupun juga adalah berupa ilmu kepada yang mati (mati sbelum mati). Orang yang mati sebelum mati itu, adalah orang berserah diri secara total kepada Allah Taala. 

Nanti kita sambung lagi, saya berhenti setakat ini, adalah untuk memberi laluan kepada komen tuan-tuan yang pastinya ada pro dan kontra. Kita akan sambung lagi untuk menceritakan bagaimana sebenar-benar guru makrifat menyampaikan ilmu……………………….jam 12.15 tanggal 6hb April. drp Hj Shaari


Kualiti pendidikan bertaraf dunia


Kuala Lumpur: Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited dan serius membangunkan sistem pendidikan negara yang memenuhi keperluan pelajar dan juga negara. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pendidikan menerapkan program dan inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. 

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.. SAHEH... MEMANG BERTARAF DUNIA... kah kah kah...

kah kah kah..MEMANG WORLD CLASS... kah kah kah..

kah kah...TAK ADA UNIVERSITI DALAM DUNIA BOLEH LAWAN... kah kah 

woit... YALE..OXFORD.. CAMBRIDGE... TAK LEH LAWAN... kah kah kah

NOTA

lihat dan saksikan

bukti pencapai universiti di malaysia

UNGGUL SEDUNIA 

UNIVERSITI DONUT

terulung ketrampilan

hebat dan lebat


TAK ADA UNIVERSITI

dalam dunia yang hebat macam ini

desin lebih hebat dari prada

lebih hebat dari pikabo












KALAU INI BUKAN TARAF DUNIA

maka dunia ini leper

36 jam besenam non stop

adalah bukti kegemilangan 


intelektual melayu

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

SUNDAY, SEPTEMBER 25, 2011
Rumah Khadijah, Isteri Pertama Rasulullah Kini Menjadi Tandas Di Mekah !

Labels: MekahSejarahWahabi



Perkara pertama yang kerajaan Saudi buat pada 1920 apabila mereka mengambil alih Mekah adalah membinasakan kubah yang terdapat pada rumah di mana Rasulullah dilahirkan. 

Kemudiannya rumah tersebut diubah menjadi pusat ternakan. Apabila penduduk Mekah bangkit berdemo membantah perbuatan tersebut, ia ditukarkan menjadi perpustakaan. Dalam aktiviti pembesaran Masjidil Haram sekarang ini berkemungkinan besar ia akan cuba dimusnahkan sekali lagi.

Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 95% kawasan yang menjadi sejarah di bumi suci umat Islam itu telahpun dimusnahkan sejak 1920. Sekarang ini ia bertukar menjadi pusat pendudukan mewah yang penuh dengan hotel tinggi dan menguburkan segala khazanah sejarah di bumi Mekah.
KERAjaan BN UMNO Malaysia...PENIPU nombor SATU

Bangunan yang paling glamour sekarang ini yang telah siap dibina adalah menara jam diraja setinggi 1,792 kaki yang merupakan sebahagian daripada pembangunan pusat hotel mewah di mana hanya segelintir kecil sahaja para jemaah haji yang mampu menyewanya. Ia hanyalah untuk orang-orang kaya.

Untuk membina semua itu, kerajaan Saudi telah memusnahkan keseluruhan Kubu Ajwad yang dibina pada zaman pemerintahan Bani Othman dan meranapkan keseluruhan kawasan berbukit tersebut. Pada bahagian lain pula rumah isteri pertama Rasulullah telah bertukar menjadi tandas. 

Ketika pembinaan, setelah puas memujuk pihak berkuasa akhirnya mereka membenarkan juga sedikit aktiviti mengorek mencari artifak di kawasan rumah tersebut dan beberapa bahan lama pada zaman Rasulullah telah di temui di situ.

Pembangunan masih lagi berjalan dan tempat-tempat berikut merupakan senarai terakhir yang bakal tewas menjadi mangsa ketagihan kerajaan Saudi menukar Mekah menjadi Bandar serba Mewah dan moden. Antaranya adalah:

1. Rumah bersejarah dimana Rasulullah dilahirkan.

2. Masjid Nabawi

3. Jabal Mur

Apakah perlu kita mengekalkan bahan serta kawasan bersejarah yang mencatatkan segala kenangan kebangkitan agama Islam di Mekah dan Madinah. Sudah tentu ada berbagai pendapat bergantung kepada tafsiran masing-masing. Yang menjadi kemushkilan adalah dalam banyak-banyak tempat bersejarah di sana, kerajaan Saudi hanya mengizinkan 3 kawasan untuk PBB jadikan sebagai tapak sejarah dunia dan ketiga-tiganya tidak ada kena mengena dengan sejarah Islam!

Bagi pencinta sejarah yang tidak pernah jemu mengorek bahan-bahan bukti sebagai bahan kajian mereka sudah tentu menjadi pihak yang paling kecewa. Apalagi tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengorek atau mencari bahan artifak bersejarah di sana sejak dulu. Bagi pengkaji sejarah bukan Islam pula mereka hanya mampu melihat dari jauh dan meleleh air liur tak dapat nak buat apa-apa.


by IBNU MUSLIM


Adakah wujudnya dalil mengenai solat 40 waktu di Masjid Nabawi Madinah. Minta penjelasan.

***********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada InSyaAllah.

Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-

"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].

Hadith ini dipertikaikan statusnya. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadith ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah.

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadith ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal. Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadith) yang bukan PALSU, InSyaAllah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadith.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan Solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman). Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.

Disana, terdapat sebuah hadith yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadith dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق

"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmudzi].

Hadith diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulannya, adalah sangat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi :saw, dimana ganjarannya adalah 1000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai "kelebihan amal" dan hadith tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya. Amalan 40 waktu ini diharap dapat membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi. WA.

Sekian, wassalam

Posted by aizuddin

من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق

Add starLikeShareShare with noteEmailKeep unreadSend to

Add tags

23 Sep 2011 (2 days ago)

by IBNU MUSLIM


Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. 

Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya :

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin. 

Dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."