Apa Bezanya Makrifat Tok Kenali dengan Makrifat Lain?
Sejahteralah ke atas Diri yang empunya Diri !
Hamba adalah peminat baru laman web; makrifattokkenali.com. Hamba amat tertarik di atas segala kupasan ilmu makrifat yang diterangkan oleh Yang Arif Tuan Guru Hj Shaari Bin Hj Mohd Yusuf. Setiap kupasan dan penerangan beliau berikan, membuatkan hamba tergamam tanpa kata-kata dek kerana baru faham akan ilmu ini.
Tergamam kerana baru tahu yang ilmu makrifat ini sebenarnya AMAT mudah untuk difahami kerana tiada yang terselindung melainkan segalanya jelas nyata, cuma samada kita mahu mengambil tahu atau tidak akan segala apa yang nyata itu.
Di kesempatan ini, hamba teringin untuk memberi pendapat di atas tajuk yang dibicarakan. Pendapat kosong yang datang dari diri yang tidak ber-diri, yang cuba mencari faham buat dirinya sendiri. Jika salah, harap ampunilah hamba dan mohon tunjukkan lah hamba akan kebenaran. Hamba budak baru belajar, diri jahil lagi kosong dan tidak tahu apa-apa, cuma menzahirkan apa terzahir.
Soalan : Apa Bezanya Makrifat Tok Kenali dengan Makrifat Lain?
Sebelum menjawap soalan ini, hamba ingin mengulas tentang jawapan yang dikupas oleh Tuan Guru Hj Shaari.
Setelah membaca penerangan Tuan Guru Hj Shaari, hamba membuat rumusan bahawa Tuan Guru membezakan makrifat Tok Kenali dengan Makrifat lain dengan satu perbezaan, iaitu “GURU” makrifat itu sendiri. Penerangan Tuan Guru dari fakta No 1 hingga No 11 semuanya menyentuh tentang perbezaan dan ciri-ciri “GURU”.
Hamba BERSETUJU di atas jawapan Tuan Guru !!
Hamba baru belajar mengenali ilmu Makrifat Tok Kenali kurang lebih hanya SATU BULAN yang lalu melalui Buku “Mengenal Diri” Tok Kenali, yang secara tidak sengaja diajukan kepada hamba oleh seorang pemuda yang menjual buku dan minyak wangi di sebuah masjid, tatkala hamba selesai solat Zohor. Sejak membaca buku itu, segalanya berubah. Kehidupan hamba binasa! Hamba tidak lagi dapat melihat, hamba tidak lagi dapat mendengar bahkan mata dan telinga itu juga telah hilang !!
Baru hamba faham bahawa yang melihat bukan mata tetapi penglihatan dan yang mendengar bukan telinga tetapi pendengaran, namun penglihatan dan pendengaran itu juga baru hamba tahu yang ianya bukan dari hamba.
Selepas membaca buku “Mengenal Diri ” Tok Kenali, baru hamba tahu dan baru hamba faham, sebaik-baik kaedah belajar adalah melalui kaedah “MATI” ! Bila telah mati, barulah faham! Bila faham baru KENAL, bila KENAL maka barulah ada keHIDUPan. Yang HIDUP selepas MATI itulah yang memberi faham !!
Inilah yang diajar oleh Guru Ilmu Makrifat Tok Kenali, Hj Shaari Hj Mohd Yusuf yang hamba sendiripun hanya baru sekali bertemu beliau. Hanya melalui pembacaan buku karangannya, hamba mula fahammmm.
Apa yang menarik, penyampaian dan penerangan yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Shaari amat simple, mudah difahami, tiada perkataan-perkataan Arab yang memeningkan, seperti yang terdapat dalam kebanyakan kitab seumpamanya, dan jika adapun, telah diberikan maknanya sekali.
Tiada rahsia atau sorok-sorok dalam menyampaikan ilmu. Tiada bai’ah, Tiada zikir membilang angka, Tiada syarat, Tiada taksub, Tiada, Tiada dan Tiada kerana Tuan Guru ini mengajar Ilmu yang Tiada!!
Disebabkan keTIADAan inilah hamba bertambah teruja dan begitu tertarik sekali untuk mencari ilmu yang Tiada ini kerana hamba merasakan seolah-olah dapat melepaskan rindu dendam terhadap diri hamba yang sudah terlalu lama terabai.
Justeru itu, hamba sekali lagi menyatakan bahawa hamba bersetuju pada jawapan Tuan Guru Hj Shaari yang mengatakan beza ilmu makrifat Tok Kenali dengan makrifat lain ialah pada GURU nya.
Melalui buku karangan Guru inilah hamba mengenal MATI dan jatuh cinta pada keMATIan.
Namun, janganlah kita tersalah faham.
Sememangnya guru yang mengajar memainkan peranan yang penting dalam memberi faham kepada pelajar. Namun, guru itu juga merupakan makhluk seperti kita, yang tidak berkuasa untuk melakukan segala sesuatu termasuk mengajar dan memberi faham melainkan Tuhan itu sendiri yang melakukannya melalui penzahiran guru.
Justeru itu, jangan lah kita taksub mengatakan guru ini betul, guru itu salah, guru sini mursyid, guru sana tolol. Betul atau salah, mursyid atau tolol, semuanya dari Tuhan.
Justeru itu, berlapang dada lah dalam berguru. Kalau faham pengajaran guru, tanda Tuhan yang memberi faham. Kalau tidak faham, itu juga kehendak Tuhan yang tidak mahu memberi faham.
Guru yang Makrifatullah (Recognize/Kenal Allah) adalah guru yang Arif Billah (Know/Tahu Allah). Dua perkataan penting; Makrifat (Kenal) dan Arif (Tahu). Ini lah yang membezakan martabat seseorang guru. Ada guru yang Arif tetapi tidak Makrifat. Ada guru yang Makrifat tetapi tidak Arif tentang makrifatnya.
Beruntunglah bagi mereka yang dapat menemui guru yang Makrifat lagi Arif !
Tuan Guru dan para pembaca yang hamba kasihi,
Hamba berpendapat bahawa Ilmu Makrifat (Ilmu Kenal) ini sama juga seperti bidang-bidang ilmu yang lain, yang mempunyai Dogma(Kepercayaan), fahaman atau aliran-aliran pemikiran tersendiri.
Dalam bidang Ilmu Syariat misalnya, terdapat ribuan fahaman dan aliran yang cuba menegakkan kefahaman masing-masing berhubung soal Fiqh, Ibadah, Akhlak, Ekonomi, Politik, Sosial dan sebagainya.
Hasilnya, maka tumbuhlah pelbagai dogma, aliran dan mahzab demi menyatakan pendapat-pendapat mereka kepada masyarakat seperti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Wahabi, Shafie, Maliki, Hanbali, Hanafi, Qadariah, Jabbariah, Mukthazilah dan pelbagai lagi.
Di dalam bidang ilmu Tarekat pula, ada Tarekat Naqsyabandiah, Syattariah, Qadiriah, Al Arqam, Pemuda Kahfi, Ajaran Ayah Pin, Guru Yaya dan ribuan lagi.
Di dalam bidang Ilmu Hakikat, ada fahaman Ilmu Hakikat Insan, Ilmu Hakikat Besi, Ilmu Hakikat Aimmah, Ilmu Hakikat Latiffah dan sebagainya.
Ilmu Makrifat turut mempunyai guru dan pengikut-pengikut yang berbeza fahaman. Ada Ilmu Makrifat Tok Kenali, Ilmu Makrifat Syeikh Siti Jenar, Ilmu Makrifat Wali Songo, Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu dan banyak lagi…
Kepelbagaian fahaman ini tidak terhad di dalam agama Islam sahaja, bahkan ianya meliputi segala agama, meliputi segala ajaran dan meliputi segala pemikiran. Agama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Ajaran Buddha, Ajaran Sikhism, bahkan dogma Freemason, Illuminati, dan ribuaan lagi, turut mempunyai pelbagai fahaman yang berlainan pengikut.
Mereka yang tidak sealiran dengan fahaman ini akan dikatakan sesat oleh fahaman itu. Islam kata selain Islam itu kafir. Kristian kata Kristianlah yang benar, selain Kristian itulah yang kafir.
Yahudi kata merekalah kaum pilihan Tuhan, maka Yahudilah yang benar dan selain Yahudi itu kafir ! Hindu pula kata, agama mereka adalah agama tertua, ia wujud sebelum agama-agama lain wujud, maka Hindulah yang benar, selain Hindu itu kafir !
Kenapa pelbagai fahaman ini timbul dan apakah yang membezakan fahaman-fahaman ini?
Fahaman atau aliran-aliran ini timbul kerana Kefahaman dan Pencapaian Ilmu yang berbeza, tidak kira samada fahaman itu dipelajari dari Guru atau dari kitab atau dari internet atau dari apapun.
Yang membezakan fahaman-fahaman ini pula, hanyalah pada “Anggapan” atau “Perception” akal mereka. “Anggapan” ini bergantung kepada tahap kefahaman dan tingkatan ilmu dalam mencapai hal Arif (Tahu) dan dalam mencapai hal Makrifah (Kenal) kepada Tuhan.
Contoh “Anggapan” dan perbezaan tingkatan ilmu yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut:
Setiap agama menyatakan bahawa Tuhan mereka adalah Tuhan yang Esa, yang Maha Kuasa yang hanya SATU. Fakta ini diberikan dalil melalui setiap kitab-kitab suci atau scripture ajaran mereka.
Islam :
Surah Al-Ikhlas 1-4
Katakanlah Allah itu SATU. Allah tempat bergantung. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tiada sesuatupun yang dapat menyamainya.
Hindu :
Bhagavad-Gita 10:3/9:4
Seseorang mengenalku sebagai Yang Tidak Dilahirkan. Sebagai Yang Tidak Bermula. Yang Maha Berkuasa seluruh alam semesta (9:4) Aku berada di mana-mana di seluruh alam semesta dalam bentuk Ku yang tidak terwujud. Semua makhluk hidup berada di dalam diriku, tetapi Aku tidak berada di dalam mereka.
Kristian :
Isaiah 44:6
Thus said the LORD the King of Isreal and His redeemer the LORD of hosts; I (am) the first and I (am) the last; and besides me (there is) no God.
Yahudi
Deuteronomy 4:35,39
Unto thee it was shown, that thou mightest know the the LORD He is God; there is none else beside him
(39) know therefore this day and consider it in the heart, that the LORD he is GOD in heaven above and upon the earth beneath; there is none else
Sikhsims (Sikh)
Guru Granth Sahib Ji, 1
God is One. He is Supreme Truth. He is creator, is without fear and without hate. He is immortal. He is neither born or does He die. By Guru’s grace shall He be met. Chant and Meditate on His Name. In the beginning, He was the truth. Throught the ages, He has been the truth. He is the Truth now and He shall be the Truth forever.
Tuan-tuan yang dikasihi,
Dalil di dalam kesemua kitab-kitab agama di atas menunjukkan bahawa Tuhan mereka adalah Tuhan yang Esa, yang Maha Kuasa yang hanya SATU. Dalil di atas ada 5 agama; Islam, Hindu, Kristian, Yahudi dan Sikh. Kalau 5 agama menyatakan Tuhan mereka SATU apakah bermakna sudah ada 5 Tuhan?
Apakah dalil dari kitab suci Islam Al Quran itu salah? Begitu juga dengan agama-agama lain. Apakah dalil mereka salah? Kalau salah siapa yang betul? Kalau betul bagaimana betulnya?
Perkara ini bukan perkara baru. Ia telah jadi perdebatan sejak dari zaman penciptaan manusia dulu. Pertikaian dan percanggahan pendapat ini berlaku kerana “Anggapan” dan perbezaan tingkatan ilmu pada setiap orang.
Slogan “Paradigm Shift” atau “Anjakan Paradigma” biasa didengari oleh mereka yang belajar ilmu kemanusiaan. (Para = Tingkatan, Digm = Dogma/Kepercayaan @ Anjakan Tingkat-tingkat Kepercayaan).
Jika kita membuat Anjakan Paradigma dengan merubah cara melihat “Anggapan”, pastinya kita akan faham akan apa yang ingin disampaikan oleh dalil-dalil itu tadi.
Pada pandangan hamba, inilah yang cuba disampaikan oleh Tuan Guru Hj Shaari melalui pengajaran Ilmu Makrifat Tok Kenali. Lakukan Anjakan Paradigma ! Ubah cara kita melihat, mendengar, menyentuh, merasa, menghidu, menikmati sesuatu, bahkan cara bermimpi pun kita perlu ubah ! Anjakan itu perlu ada tempat sampai. Tingkatan itu perlu khatam. Tempat sampai dan khatam itu…. TUHAN !
Berbalik kepada soalan di atas, dalil, agama dan Tuhan manakah yang betul ?
Jawapannya :
Betul atau Tidak adalah bergantung kepada “Anggapan” orang yang berfikir. Setiap diri mempunyai akal untuk berfikir, manakan sama fikiran hamba dengan apa yang tuan-tuan fikirkan. Pasti berbeza. Diri itu banyak, maka tentu juga fikiran pun banyak.
Bila fikiran banyak, pasti tidak akan sama jawapannya. Ada yang akan kata Oooo… sebenarnya Tuhan inilah yang satu.
Di satu pihak yang lain akan kata, Tuhan inilah sebenarnya yang satu dan pihak yang lain pula berpendapat, pada fikirannya, Tuhan agamanya lah yang satu.
Makin banyak diri, makin banyaklah fikiran, makin banyak fikiran makin banyak lah jawapan. Namun, yang BANYAK itu bila diubah “Anggapan” atau sudut pandangannya, yang nampak jelas lagi nyata adalah, DIRI yang SATU itu juga!
Yang SATU menampakkan yang BANYAK, yang BANYAK itu juga menampakkan yang SATU. Saling nyata menyata tetapi tidak sama.
Umpama bila kita membilang jari yang ada pada tangan kanan. Nampak ada 5 jari, tetapi yang 5 jari itu menunjukkan diri ibu jari yang satu.
Yang 5 jari itu, menampakkan jari telunjuk yang satu, nampak jari hantu yang satu, nampak jari manis yang satu, nampak jari kelingking yang satu.
Yang nampak pada bilangan ada 5 jari, tetapi tetap menunjukkan diri-diri jari lain yang satu. 5 jari pun betul, 1 jari pun betul. 5 menunjukkan yang 1, yang 1 menunjukkan yang 5. Saling nyata menyata tetapi tidak sama. 5 bukan 1, dan 1 bukan 5, tetapi kesemuanya Jari.
Apa Bezanya Makrifat Tok Kenali dengan Makrifat Lain?
Jawapan hamba kepada soalan ini adalah :
Tiada beza tetapi Tidak juga sama. Yang berbeza itu hanya lah pada “Anggapan” dan cara mana kita menafsirkannya. Kalau perbezaan yang kita cari, maka perbezaan lah yang dapat.
Kalau persamaan yang dicari, maka persamaan lah yang dapat. Kalau Guru yang kita cari, maka Guru lah yang dapat. Kalau faham yang kita cari, maka faham lah yang kita dapat. Kalau Yang Memberi Faham yang kita cari, maka DIA lah yang kita dapat.
Aliran Ilmu Makrifat manapun yang kita cari, fahaman Tok Kenali ke, fahaman Tok Peramu ke, fahaman Al Hallaj ke, Fahaman Syeikh Siti Jenar ke, semua kebenaran bergantung kepada diri orang yang mencari itu.
Semua perbezaan bergantung kepada “Anggapan” atau sudut pandangan pemikirannya. Pelajaran Ilmu Makrifat memberitahu jangan berzikir membilang bilangan tasbih, tetapi kalau dengan membilang itu, tuan hamba dapat KENAL dengan Tuhan, kenapa tidak ?
Kalau pun belajar Fekah, sebutlah bidang apa sekalipun, namun kalau dengan belajar itu Fekah itu, tuan hamba dapat mengenali Tuhan, kenapa tidak?
Tuhan berada di mana mana. Pilihlah cara mana tuan-tuan hamba hendak mencariNya. Tepuk dada tanya selera. Kalau nak tepuk dada tanya iman pun boleh. Kalau tak nak tepuk dada dan tak nak tanya sesiapapun boleh.
Tuhan itu bahasa Rasa BUKAN bahasa Kata-kata. Maka untuk KENAL kepadaNya, RASA Lahhhhhh…
Ampun Maaf diminta kalau pandagan hamba ini salah.
Berhati-hati bila berguru dgn Hj Shaari Yusoff. Kupasan ilmunya memang tip top. Sesiapa yg rindu dgn Tuhannya pasti akan terpesona buat kali yang pertama .
ReplyDeleteBerjalanlah dgn guru ini sekurang2nya 3 hari berturut-turut utk melihat apakah ilmunya sampai kepada AMAL atau hanya tinggal dibibir saja atau yg lebih menakutkan lagi ialah jika ada menyembunyikan sifat MUNAFIQ iblis di akhir zaman.
Jangan bermakrifat sampai bertuhankan diri sehingga melanggar segala batas halal dan haram terutama sekali antara pergaulan lelaki dan wanita.
Jangan bermakrifat sehingga cicir segala batas syariat dan memperolok-olokkan orang yang bertariqat. Jangan berangan nak sampai ke tahap hakikat dan makrifat selagi tidak menempuh tangga syariat dan tariqat. Jangan sampai dapat hakikat, syariat tercicir . Pegang sgt syariat , makrifat pula tak dapat. Kedua-duanya harus dibawa bersama diri Muhammad
Ingatlah...Kalau nak cakap pasal ilmu...Iblis adalah lebi tinggi ilmunya. Apa yang tak ada pada iblis ialah AKHLAK TERHADAP ALLAH dan Iblis merasa dirinya paling pandai, paling mulia serta suka merendah-rendah orang lain.
Selamat mengembara menemui TuhanMu yang Esa. Sesungguhnya Dia tidak lah jauh. Mengembara itu haruslah jauh ke dalam diri kita sendiri.
Huraian dr benar
DeleteTerbaik penerangan dan kupasan yg jelas. Haruslah kita berwaspada didlm mencari ilmu juga berguru. Agar tidak lari landasan yg terpesong.
DeleteSetuju jangan mudah terpengaruh, belum tentu ilmu nya betul
DeleteTerimakasih doktor πππ
ReplyDeleteMasuk rumah ikut pintu,bkn ikut tingkap...jika ikut tingkap itu namanya??
ReplyDeleteFatwa jakim mngatakan ajaran hj saari t sesat.. Sila check
ReplyDeleteCara anda menerangkan seolah anda sendiri terpwrangkap dalam KONSEP PLURALISME. ADAKAH ANDA INGIN MENGATAKAN SEMUA AGAMA.SAMA ? banyak cara mengenal Allah. Mengikut Syariat, memahami hukum, baca quran.dan hadis juga jalan mengenal Allah. Bila taksub sangat bahaya
ReplyDeleteseperti yang diterangkan oleh dr. zakir naik, apa yang berlaku adalah penyebar-penyebar agama itulah sendiri yang menyesatkan agama awal yang mereka dapat kerana kepentingan diri sendiri.....
ReplyDeleteAnda kena rujuk kpd JAKIM. JAKIM tidak mengeiktirafkan ajaran Hj.Shaari
ReplyDeletePergilah cari yg ahlinya dlm merungkaikan masalahnya, jangan ditanya org yg hanya sekadar bwk kereta kalau kereta yg rosak. Percayalah ilmu Allah Taala nie sangatlah luas bukan sekadar mengikut apa yg terlintas di akal fikiran kita yg jahil serta serba kekurangan nie. Kefahaman dlm agama bukan terletak pd sijil ttp kurniaan Allah jua dlm musafir kita mencari Dia dibwh pimpinan pengajiaan Guru mursyid. Amantubillahi Warasulih.
ReplyDeleteIlmu Makrifat itu ada Dan benar. Jangan kita menidakkan. Jika ilmu ini benar tentu ada gurunya. Siapakah guru makrifat yang boleh kita belajar daripadanya di Malaysia. Yang telah diberikan tauliah untuk mengajarnya. Allah jua yang memberi ilmu Kepada Iblis. Allah jua yang memberi petunjuk Nabi Nabi dan Rasul-rasul. Jangan mudah menuduh sesat. Sama sekali tidak akan bertuhankan diri sendiri selagi mengEsakan Allah.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi taufik dan hidayahNya. Amin.
Salam Tuan Guru Hj Shaari mohon maaf lah kalau saya nak cakap dan kritik sikit. Kenapa Tuan Guru Hj Shaari byk tidak menjawab soalan2 saya sebelum ini? Kalau Tuan Guru Hj Shaari seorang Tuan Guru yang mempunyai ilmu Makrifat yang tinggi, pasti boleh menjawab soalan2 saya yang mudah tu. Tuan Guru Hj Shaari bersama2 anak murid tidak langsung menjawab soalan2 saya. Kalau tak jawab macam mana saya nak tahu betul atau tidak nya ajaran Makrifat Tuan Guru Hj Shaari ni? Ustad Noor Derus ajak berdialog pun cabut lari kenapa? Malu lah seorang Tuan Guru ajaran Makrifat takut berdebat. Macam mana orang nak Percaya lagi. Mohon maaf Tuan Guru Hj Shaari.
ReplyDelete