Muhammad ibn Muhammad ibn Mahmud Abu Mansur al-Samarqandi al-Maturidi al-Hanafi
Born: 853 AD, Samarkand, Uzbekistan
Died: 944 AD, Samarkand, Uzbekistan
(Bahasa Arab: محمد بن محمد بن محمود أبو منصور الماتريدي السمرقندي الحنفي) (wafat 333 AH / 944 ) adalah seorang cendekiawan muslim dan ahli di bidang ilmu kalam.
Maturidi dilahirkan di Maturid, dekat Samarqand. Di bidang ilmu agama, beliau berguru pada Abu Nasr al-`Ayadi andAbu Bakr Ahmad al-Jawzajani. Ia banyak menulis tentang Mu'tazilah, Qarmati, dan Syiah.
Abu Mansur Maturidi
Muhammad Abu Mansur al-Maturidi was an Persian Muslim theologian, and a scholar of Islamic jurisprudence and Qur'anic exegesis. Wikipedia
Nama sebenar beliau ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al Maturidi. Al Maturidi dinisbahkan kepada tempat kelahirannya yang bertempat di Sungai Jihun, kampung Maturid Samarqandi di Basrah.
Berkenaan tanggal kelahiran beliau, tidak adA satu rujukanpun yang mengungkapkan hal ini. Dr. Ayub Ali dalam kitab Al-Bayadhi menyebutkan, bahwa Al-Maturidi Lahir sekitar tahun238 H/ 852 M. kerana salah satu gurunya yaitu Muhammad bin Muqotil Arrozi wafat pada tahun 348 H/ 862 M.
Dan para sejarawan sepakat bahwa beliau wafat pada tahun 333 H/ 944 M dan dikebumikan di Samarqand. Sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari.
Sejarawan tidak menyebutkan secara jelas tentang silsilah keluarganya namun ada yang menyebutkan, bahawa Al-Maturidi dinisbatkan kepada Abi Ayub Kholid bin Zaid bin kulaib Al-Anshory, yaitu salah seorang sahabat yang menyambut Nabi SAW ketika hijrah ke Madinah.
Dengan penisbatan ini Al-Imam Bayadhi menyandangkan nama Al-Anshori pada namanya.
Imam Abu Mansur al-Maturidi radiyallahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas usulud-din di kalangan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersama dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.
Beliau membawa aliran tauhid akidah dalam fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.
Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari.
Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi,
bila dikatakan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi
Abu Mansur memiliki kedudukan tinggi di kalangan para pengikut Maturidiyah sehingga mereka menjulukinya dengan“Imam al-Huda dan Imam al-Mutakallimin”.
Abu Mansur hidup sezaman dengan Abu Hasan al-Asy’ari meskipun tidak ada keterangan sejarah bahwa keduanya pernah bertemu atau saling membaca buku yang lain, hanya dalam beberapa hasil pemikiran kedua orang ini bertemu, tentu dengan pemikiran Abu Musa yang lama sebelum dia rujuk kepada pemikiran salaf shalih.
Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar.
Antaranya mazhab Muktazilah, Mujasimah, Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahamanKaramiah, Qaramitah yang dipimpin oleh Hamdan As’ ad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli tasauf Husin bin Mansur al-Halaj.
Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang besar bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.
PENDIDIKAN
Beliau mula-mula menuntut ilmu daripada Abu Nasr al Iadhi, dan pernah berguru dengan silsilah ulama’ yang bersambung sehingga Imam Abu Hanifah RA.
Selain itu beliau pernah belajar dengan Muhammad bin Maqatil ar Razi dan Abu Bakr Ahmad al-Jawzajani.
Bapanya juga seorang ulama yang pernah berguru dengan Abu Ahmad al Iadhi, dan Abu Bakar al Iadhi.
Dalam kitab Miftah Assa`adah Wa Mishbah Assiyadah, Syeikh Tasy Kauthari Zadah berkata :
اعْلَمْ أَنَّ رَئِيْسَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فِى عِلْمِ الْكَلاَمِ رَجُلاَنِ: أَحَدُهُمَا حَنَفِيٌّ وَالآخَرُ شَافِعِيٌّ ، أَمَّا الْحَنَفِيُّ فَهُوَ أَبُومَنْصُورِ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَحْمُودِ الْمَاتُرِيْدِيُّ ، إِمَامُ الْهُدَى... وَأَمَّا الآَخَرُ الشَّافِعِيُّ فَهُوَ شَيْخُ السُّنَّةِ وَرَئِيْسُ الْجَمَاعَةِإِمَامُ الْمُتَكَلِّمِيْنَ وَنَاصِرُ سُنَّةِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَالذَّابُ عَنْ الدِّيْنَوَالسَّاعِي فِي حِفْظِ عَقَائِدِ الْمُسْلِمِيْنَ أَبُو الْحَسَنِ الأَشْعَرِيُّالبَصْرِيُّ
Ketahuilah bahawa ketua Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam bidang Ilmu Kalam ialah dua orang : Seorang daripadanya ialah bermazhab Hanafi, dan seorang lagi bermazhab Syafie. Orang yang bermazhab Hanafi itu ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al Maturidi, penghulu bagi petunjuk.
Manakala seorang lagi yangbermazhab Syafie ialah Syeikh as Sunnah, dan ketua al Jamaah, Imam bagi ulama Ilmu Kalam, pendokong sunnah Penghulu bagi rasul-rasul (Nabi Muhammad SAW), pengukuh Agama, dan penyelusur di dunia memelihara Akidah Muslim, dia ialah Abu Hassan al Asy’ari.
Karya
Dia meninggalkan beberapa karya tulis diantarnya, Ta’wilat Ahlus Sunnah atau Ta’wilat al-Qur`an, dalam bukunya ini Abu Mansur mengangkat ayat-ayat al-Qur`an khususnya ayat-ayat sifat dan mentakwilkannya dengan takwil Jahmiyah.
Di antara bukunya yang lain adalah Kitab Tauhid, kitab ini tentang ilmu kalam, di dalamnya dia menetapkan pendapat-pendapatnya yang berkaitan dengan masalah-masalah i’tiqadiyah.
Dan yang dia maksud dengan tauhid dalam kitabnya ini adalah tauhid Khaliqiyah dan Rububiyahditambah dengan sedikit tauhid Asma’ wa Sifat akan tetapi dengan manhaj Jahmiyah dengan mengingkari banyak sifat-sifat Allah dengan alasan mensucikan dan meniadakan tasybih dari Allah, hal ini tidak sejalan dengan manhaj yang shahih yaitu manhaj salaf shalih.
Abu Mansur Maturidi juga mengarang kitab Jadal dan Ma ‘akhiz Syarai’. Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan antaranya, Tauhid, Muqalaat, Ra’du Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra ‘du Amamah Libaddu Rawafaz dan banyak lagi.
Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang begitu sahaja. Buku yang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada buku-buku beliau dalam ilmu yang lain.
Kitab Al Tawhid
Kitab Radd Awa'il al-Adilla, sanggahan terhadapMu'tazilah
Radd al-Tahdhib fi al-Jadal, sanggahan terhadapMu'tazilah
Kitab Bayan Awham al-Mu'tazila ('Kitab Pemaparan Kesalahan Mu'tazilah
Kitab Ta'wilat al-Qur'an.
Kitab al-Maqalat
Ma'akhidh al-Shara'i` dalam Usul al-Fiqh
Al-Jadal fi Usul al-Fiqh
Radd al-Usul al-Khamsa, sanggahan terhadap pemaparan Abu Muhammad al-Bahili' tentang lima prinsip Mu'tazilah
Radd al-Imama, sanggahan terhadap konsepsi keimaman syiah
Al-Radd `ala Usul al-Qaramita
Radd Wa`id al-Fussaq
Posted by Jamaluddin Abu Bakar at 1:45 PM
Labels: abu mansur al-maturidi, Ahlussunnah Waljamaah, al-maturidi, asyairah, iktiqad maturidiah, imam abu mansur al-maturidi, maturidiah, maturidiyyah, sejarah ahlussunnah wal jamaah, sifat 13, sifat 20
No comments:
Post a Comment