Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 29 August 2013

Sifat20..Apakah Itu..TANJIZI QODIM...

Sifat20..Apakah Itu..TANJIZI QODIM...


Secara ringkasnya ilmu kalam ahlus sunnah wal jamaah ialah 1 ilmu yang telah dipelopori oleh 2 orang ulama hebat di zaman dahulu iaitu Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Dan yang paling kita kenal ialah bila ilmu tauhid ini dikaitkan dengan sifat 20. Hakikatnya tauhid bukan saja berlegar2 pada sifat 20 ini saja. Ada lagi yang dipelajari di dalam ilmu tauhid ini antaranya perkara nubuwwah, sam'iyat dan malaikat.

Dan perlu diketahui bahawa 'sifat 20' yang membicarakan tentang sifat2 Allah itu bukanlah 20 saja dengan makna kata bahawa sifat2 Allah bukan 20 sahaja. Bahkan tidak terkira. Cumanya para ulamak membahaskan tentang sifat 20 ini untuk memudahkan kita iaitu para penuntut ilmu untuk memahaminya.

Dan jika kita melihat kepada kiraan dari sifat pertama iaitu wujud dan seterusnya, bukanlah bermakna sifat2 Allah itu berbilang2 nombornya. Cumanya kiraan ulamak tentang sifat pertama seperti wujud dan keduanya qidam dan ketiganya baqa dan seterusnya itu, adalah tertib pada bilangan dan sebutan saja yang telah dibuat oleh para ulamak untuk memudahkan kita penuntut ilmu ini.

Di dalam sifat 20 ini ada bahagian2nya iaitu sifat nafsiah, salbiah, ma'ani dan maknawiyah .

Di sini telah berlaku sedikit khilaf yang tidak membawa kepada khilaf yang 'besar'. Hanya khilaf dari sudut 'nak kira atau tidak' saja sifat maknawiyah.

Bagi Imam Abu Hasan Al Asy'ari, hanya mengira 13 sifat saja iaitu tidak termasuk sifat maknawiyah. Kerana bagi Imam Abu Hasan Al Asy'ari, sifat maknawiyah itu telah ada pada sifat ma'ani.

Dan berlainan pula bagi Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dikira juga sifat maknawiyah yang 7 itu. Bila dicampur sebab itulah jadi 20. Qaul yang rojih di dalam ilmu kalam ini ialah 13 sifat. Tapi 20 sifat itu kerana qaul yang masyhur. Jadi tiada masalah kerana walaupun Imam Abu Hasan Al Asy'ari tidak mengira 7 lagi sifat maknawiyah itu, tapi dia tetap mengi'tiqodkan juga bahawa sifat2 maknawiyah itu ada. Cuma khilaf samada nak kira atau tidak saja.

Dan ilmu tauhid ini ialah 1 ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf samada lelaki dan perempuan.

Perlu diketahui bahawa 3 ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari ini ialah ilmu tauhid, feqah dan tasawuf. Bahkan untuk mengesahkan sesuatu ibadat itu perlulah mempelajari ilmu tauhid iaitu ilmu untuk mengenal Allah taala melalui sifat2nya. Apa gunanya lakukan ibadat begitu banyak sekalipun jika Tuhan yang mensyariatkan ibadat itu pun kita tidak kenal.

Kata matan Zubad,

"Awal2 yang wajib(perlu dipelajari) ke atas manusia itu,(ialah)mengenal Allah taala dengan seyakin2nya....."

Di dalam ilmu tauhid, tidak boleh bagi sesorang itu hanya percaya secara 'zhon' saja dengan sifat2 yang ada pada Allah taala itu. Wajib percaya secara yakin 100% dengan sifat2Nya.

Bahasa mudah fahamnya ialah perkara zhon ialah 70% percaya. Yakin pula 100% percaya. Perkara syak ialah 50-50% percaya.

Di dalam ilmu feqah, perkara zhon diterima pakai dan kadang2 syak juga diterima pakai. Tapi dalam ilmu tauhid, zhon tidak diterima pakai apatah lagi syak??. Maka kita wajib kena yakin 100%!!

Sebagai contoh, wajib percaya dengan yakin bahawa Allah taala ada sifat pekehendak. Tidak boleh hanya zhon saja dalam mempercayai sifat itu. Inilah ia perkara aqidah. Dititik beratkan sungguh2 oleh para ulamak. Oleh itu janganlah bermudah2 dengan perkara aqidah. Dan janganlah berasa bangga, alim dan hebat walaupun kita dah punyai ijazah apa sekalipun kalau ilmu aqidah yang menjadi syarat utama untuk sahkan ibadat pun kita masih tak tahu apa2. Ini(tidak tahu tentang ilmu kalam) berlaku pada sesetengah pelajar agama. Kena ambil muhim perkara ini.

Kita berbalik kepada soalan saudari Zulfa tadi... "Apa maksud tanjizi qadim di dalam bab qada dan qadar.."

Antara sifat2 ma'ani Allah taala ialah sifat irodah atau pekehendak(terjemahan oleh Al Alim Al Allamah Pak Da 'Eil).

Wajib di atas tiap2 mukallaf mengetahui dan mengaku putus bahawa Allah ada sifat pekehendak ini.

Apa yang membezakan kita dengan kaum Yahudi di dalam perkara aqidah??

Antaranya ialah mereka mengetahui tetapi tidak mengaku. Sebagai contoh, mereka tahu bahawa Sayiduna Nabi Muhammad ialah nabi akhir zaman. Tetapi mereka tidak akui kenabian Nabi.

Di dalam rukun iman yang 6 itu antaranya wajib mempercayai Nabi dan Rasul2 Allah. Jika tidak percaya dan akui 1 saja dari 6 rukun itu, maka kafir hukumnya. Ini terjadi kepada Yahudi dan Nasrani. Walaupun hakikatnya Yahudi dan Nasrani berasal dari agama samawi(langit) tapi oleh kerana mereka tidak mengakui kenabian Nabi Muhammad, maka mereka ini tergolong di dalam orang2 kafir.

Dan banyak lagi lah perkara2 yang mereka i'tiqodkan yang salah dari hukum dan syariat islam. Hanya agama islam saja yang Allah redho. Bersabit dengan ayat Al Quran yang terjemahannya begini, 

"Sesungguhnya agama(yang Allah taala redho)di sisiNya ialah islam..."

Sifat pekehendak Allah taala adalah 1 sifat yang ada di zat Allah taala pada sedia kala lagi. Tidak ada mula dan akhirnya. Kerana barang(sesuatu) yang ada mula dan akhir ini ialah benda yang baharu(makhluk). Sebagai contoh, manusia.... Manusia ada mula dan akhirnya.. Dan makna sifat pekehendak ini juga ialah Allah berkemahuan sendiri tanpa dipaksa atau tersalah.

Dalil naqli (al quran) bagi sifat pekendak ini, Allah berfirman di dalam Al Quran dengan terjemahannya begini,

"Sesungguhnya perkataan kami(Allah) bagi sesuatu apabila kamimenghendakinya hanya kami berkata jadi maka ia terus jadi."

Di dalam kita mempelajari berkenan sifat pekehendak ini, kita akan menjumpai '2 ta'luq' yang ada pada sifat pekehendak ini.

Apa itu ta'luq? Ta'luq dalam bahasa mudahnya ialah tugas. Ta'luq bagi sifat pekehendak hanya pada perkara mumkin saja. Tidak pada perkara wajib dan mustahil(aqal).

Apa itu perkara mumkin? Perkara mumkin ialah barang yang sah pada aqal akan ada dan tiadanya. Itu perkara mumkin. Ataupun, harus(boleh diterima oleh aqal) pada aqal bahawa Allah taala mengadakan dan meniadakan perkara mumkin ini. Seperti menghalang api dari membakar tubuh Nabi Ibrahim.

Sedangkan jika kita menilik kepada hukum adat bahawasanya wajib adat bagi api itu untuk membakar. Tapi pada hukum aqal, api itu harus saja bersifat membakar. Dalilnya ialah Nabi Allah Ibrahim tidak terbakar dijilat api.

Sebagai peringatan, ada baiknya dan sewajarnya sebelum kita mempelajari tentang sifat2 Allah, kita belajar dahulu bab hukum adat, aqal dan syara'. Ini semua untuk memudahkan kita dikemudian hari.

Kata setengah ulamak, 

"Barangsiapa yang tidak tahu hukum aqal, maka dia seperti tiada aqal."



Kita masuk balik pada tajuk. Dengan sifat pekehendak inilah Allah taala menghendaki dan menentukan mumkin mutaqabilat (yang bergilir ganti) dengan sesetengah barang yang harus atas segala mumkin yang berlawanan yang tidak berhimpun di dalam 1 masa dan 1 tempat.

Sebagai contoh, Allah taala menentukan dengan warna putih, maka tinggallah segala warna yang lain. Dan Allah menentukan pihak kanan, maka tinggallah bagi pihak kiri. Dan Allah taala menentukan seseorang itu tinggi, maka tinggallah pendek. Apa yang semua terjadi di dalam dunia ini bukanlah kerana(Allah) terpaksa, tabiat atau semula jadi. Tetapi(apa yang semua terjadi di dalam dunia ini) kerana kehendak dari Allah taala. Dan itulah(berpihak, warna, ukuran,) dinamakan mumkin mutaqabilat daripada sesetengah barang yang harus berlaku di atas mumkin yang menghendaki oleh Allah dan menentukan Dia akan perkara mumkin itu dengan sifat pekehendakNya.

Allah tidak lalai dan tidak lupa mahupun terpaksa. Jika Allah lupa atau lalai, maka tiadalah makhluk ini. Kerana asal2 makhluk ini, tiada. Dengan kehendak Allah barulah ia(makhluk) ada(menjadi dalil aqli bagi kewujudan Allah). Semua ini(lalai,terpaksa,lupa, dan tabiat) merupakan mustahil bagi Allah.

2 ta'luq bagi sifat pekehendak yang disebutkan tadi ialah ta'luq suluhi qadim dan ta'luq tanjizi qadim.

Sebelum diterangkan lagi apakah maksudnya, sukalah untuk aku menceritakan tentang 'hubungkait' antara sifat pekehendak dengan sifat qudrat iaitu pekuasa(juga sifat ma'ani) yang ada pada Allah.

Sifat pekuasa juga adalah dari sifat2 Allah yang wajib kita tahu dan akui putus dalam diri kita dengan yakin 100%. Seperti sifat pekehendak, sifat pekuasa juga ada ta'luqnya. Sifat pekuasa juga ta'luq kepada perkara mumkin. Tidak pada perkara wajib dan mustahil. Ta'luq sifat pekuasa yang diketahui dengan jalan ijmal(tidak secara mendalam) ada 2. Iaitu ta'luq suluhi qadim dan tanjizi hadis. Dan mengetahui secara tafsil(mendalam) pula ada 8. Setengah pendapat ulamak mengatakan 7 saja. Tapi aku tak mahu huraikan lagi apa dia dari 8 ta'luq itu. Kita tumpu dulu pada bab pekehendak ini. InsyaAllah akan diterangkan pada entri akan datang..


Apakah dia ta'luq suluhi qadim?? Ta'luq suluhi qadim ialah patut dan padan(selayaknya) bagi Allah taala menghendaki dan menentukan apa2 perkara mumkin pada sedia kala lagi. Atau pun berpatutan bagi Allah taala menetapkan sesuatu mengikut kemahuannya seperti(contoh) patut dan padan(berpatutan) Allah menetapkan(berkehendak) bahawa Ahmad dilahirkan pada waktu malam atau siang pada sedia kala lagi. Mustahil sesuatu perkara itu berlaku tanpa kehendak dari Allah.

Patut dan padan(suluhi qadim) atas apa2 saja kehendak Allah taala ini pada sedia kala lagi. Bukan baharu atau hadis(perkara ada mula dan akhir). Sebagai contoh, ketetapan bahawa Ahmad dilahirkan pada malam hari itu, Allah dah berkehendak pada sedia kala lagi. Kehendak Allah taala itu bukan baru datang('aridhi).

Apakah dia ta'luq tanjizi qadim pula?? Ta'luq tanjizi qadim ialah berlaku atau diluluskan(perkara mumkin) pada sedia kala, Allah menentukan dan menghendaki dengan sesetengah mumkin daripada segala mumkinat yang tersebut tadi.

Perlu diketahui bahawa berlaku atau diluluskan(tanjizi qadim) itu hanya pada sesetengah mumkin sahaja.

Mudah fahamnya, kehendak Allah untuk Ahmad dilahirkan pada waktu malam sudah berlaku atau diluluskan (tanjizi qadim) pada sedia kala lagi.

Atau contoh lainnya, kehendak Allah itu patut dan padan(suluhi qadim) atas Ahmad ada anak pada umur 25 tahun. Kehendak(irodah) Allah untuk mengadakan atas Ahmad itu seorang anak pada umur Ahmad 25 tahun sejak sedia kala lagi(patut dan padan atau suluhi qadim). Kehendak Allah taala itu bukannya baru datang, tapi pada sedia kala lagi kehendak itu. Memang patut dan padan(suluhi qadim) bagi Allah taala berkehendak begitu.

Dan berlakunya atau diluluskan(tanjizi qadim) kehendak Allah untuk mengadakan atas Ahmad itu seorang anak pada umur Ahmad 25 tahun juga adalah pada sedia kala lagi. Tapi kenapa pada umur 25 tahun Ahmad baru ada anak? Pertamanya kita perlu tahu bahawa itu adalah kehendak Allah taala pada sedia kala lagi. Dan ketika umur 25 tahun barulah Ahmad ada anak, itu masuk pula dalam bab ta'luq bagi sifat qudrah iaitu ta'luq tanjizi hadis. Seperti yang aku katakan tadi bahawa sifat irodah dan qudrah ini ada hubungkaitnya. InsyaAllah jika ada umur aku ceritakan pula apa itu ta'luq bagi sifat qudrah.

Aku akui memang sedikit pening untuk memahami tentang ta'luq ini. Aku telah mendengar dari Tuan guru ustaz Al Amin Azhari ketika sedang bermuzakarah dengannya bahawa dia telah berkata,

"Nak bagi orang faham tentang ilmu kalam ini susah kalau kita hanya tulis di dalam blog saja. Ia memerlukan kepada pengajian depan2( bersila di depan guru).

Namun aku cuba kupaskan sedikit sekadar yang termampu. Selebihnya bergurulah dengan orang alim. Jika di Malayisa, Tok2 guru pondok masih ramai lagi. Carilah mereka sedaya mungkin. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih...


Seterusnya apa pula kaitannya sifat qudrah ini dengan qada dan qadar Allah?? Semestinya ada kena mengena.

Pertamanya, qada dan qadar Allah taala ini ialah salah 1 rukun dari 6 rukun iman. Jika kita ingkar atau tidak percaya dengan qada qadar Allah ini maka kafirlah hukumnya.

Kata setengah ulamak bahawasanya qada itu ialah ibarat dari sifat irodah dan ta'luq2nya.

Apa itu qada? Bahasa mudahnya ialah pelaksanaan.

Apakah pula qadar? Mudah fahamnya ialah sukatan.

Dan ia pula terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertamanya qadamubram dan keduanya qada mu'allaq.

Apakah dia qada mubram?? Ialah ketetapan atau ketentuan Allah pada sedia kala lagi dan tidak boleh dihalang atau disekat. Misalnya jodoh seseorang. Atau hala tuju keadaan seseorang.

Dan qada mu'allaq itu pula ialah ketentuan(di luh mahfuz) yang tidak semestinya berlaku dan boleh berubah dan bergantung(mua'llaq) pada sesuatu perkara. Misalnya berubah ketentuan itu kerana doa. Kita berdoa pada Allah moga Allah tetapkan kita ini berjaya. Atau kita ditambahkan umur kerana menghubungkan silaturrahim.

Tapi aku pernah mendengar dari Tuan guru ustaz Nazrul Al Qohiribahawa beliau mendengar pula dari gurunya, dan telah berkata gurunya,

"Umur seseorang itu tidak ditambahkan, ini kerana sudah ketetapan oleh Allah atas seseorang itu untuk mati bila. Jadi bukan umurnya ditambah, tapi umurnya diberkati seolah2 seperti umur panjang."


Diceritakan lagi oleh tuan guru, seperti kisah Imam Nawawi. Imam Nawawi(Allah meredhoinya) walaupun wafat pada umur muda. Tapi keberkatan umurnya itu seperti dia hidup lama.

Tapi jika kita melihat di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis, ada menceritakan tentang kisah seorang yang ditambahkan umurnya kerana menghubungkan kembali silaturrahim... Wallahu a'lam...



Dalam membicarakan tentang qada dan qadar ini memang susah. Kerana apa jadi susah?? Kerana manusia ini suka bertanya sehinggakan pada tempat yang tak perlu di persoalkan pun mereka sengaja persoalkan.

Dan 1 lagi, bab qada dan qadar ini masuk juga di dalam pengajian ilmu tasawuf. Lagi akan datang, aku akan ceritakan mengapa ia bersangkut paut dengan ilmu tasawuf.

Apa persoalan yang sering ditimbulkan oleh manusia??? Sebagai contoh, ada orang berkata begini, "Kalau aku dah ditakdirkan untuk masuk neraka, kenapa aku susah2 nak lakukan ibadat lagi?? Sebab akhirnya aku akan dimasukkan ke dalam neraka juga...Sia2 lah aku buat ibadat kalau camtu.."

Ataupun dia berkata begini, "Bukan kehendak aku untuk lakukan muksiat ini, tapi sudah ketentuan dan ketetapan dari Allah untuk Allah jadikan aku begini(lakukan muksiat)."

Sekali kita dengar ungkapan2 ini seperti seolah2 begitu hebat orang yang berbicara begini. Semua keadaan dia serahkan atau sandarkan pada Allah taala sehinggakan dalam perkara muksiat pun dia mengatakan bukan kehendak dia tapi kehendak dari Allah.. Tapi hakikatnya kalam2 orang seperti ini menunjukkan betapa dia jahil dalam perkara agama.

Sememangnya apa saja yang kita lakukan di dalam dunia ini kerana kehendak Allah. Sebab sebagai seorang manusia kita tak boleh memberi bekas(menetapkan sesuatu) pada sesuatu perkara. Hanya Allah taala saja yang memberi bekas. Kerana Allah taala yang ciptakan kita dan Dia jugalah yang mengawal segala pergerakan kita sehari- harian.

Namun dicelah2 itu kita kena TAHU bahawa kita ini ahlus sunnah wal jamaah! Kita bukanlah seperti firqah islam yang sesat dengan menyerahkan segala2nya kepada Allah sehinggakan di dalam perkara muksiat pun kita tidak menyalahkan diri sendiri, bahkan menyalahkan Allah taala atas sebab perkara muksiat yang kita lakukan.

Di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah kita ini diberikan IKHTIAR!

Ikhtiar ini ialah pilihan yang Allah taala telah berikan kepada kita untuk mengubah sesuatu perkara itu jika ia bertentang dengan syariat islam. Bersabit dengan ayat Al Quran dengan terjemahan ia begini,

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggala mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."

Bukankah ini dalil bahawa Allah memberikan kita ini ikhtiar untuk memilih atau mengubah keadaan kita sendiri?? Jika kita ini sedang melakukan muksiat adakah kita ingin membiarkan selama2nya kita ini melakukan muksiat tanpa mengubahnya kepada taat pula??

Ataupun kita masih nak menyalahkan taqdir kerana muksiat yang kita lakukan itu? Jika sesiapa yang beri'tiqod begini(menyerahkan segala2nya tanpa usaha atau ikhtiar) maka salah i'tiqodnya.

Salah besar
 bagi kita jika kita mengatakan begini, "Nak buat macamana, dah Allah taqdirkan aku camni(melakukan muksiat), sebab tu aku buat(muksiat kepada Allah)." 

Sedangkan adakah kita tahu bahawa Allah dah tetapkan kita begitu(melakukan muksiat)??? Kita tak tahu hala tuju kita bagaimana. Jadi sebagai seorang hamba, maka wajib ke atas kita taat dengan suruhan Allah.

Sebagai contoh, Benar jodoh itu Allah dah tentukan. Tapi sebagai ahlus sunnah wal jamaah kita diberikan ikhtiar untuk memilih siapakah jodoh kita. Dengan cara kita berdoa dan mencari jodoh tersebut. Walaupun kita tak tahu dengan siapa kita akan dijodohkan.

Menjadi kesalahan orang kita hari ini ialah bila menyerahkan atau menyalahkan taqdir jika berlaku sesuatu yang salah di sisi syariat ke atas dirinya. Sedangkan Allah dan berikan pilihan untuk kita pilih samada nak kerjakan taat atau muksiat.

Sebagai hamba, kita tak sepatutnya mempersoal atau mempertikaikan sesuatu perkara yang telah kita lakukan sedangkan sebelum itu kita tak tahu pun kita akan lakukan.

Telah berkata Tuan guru ustaz Nazrul, 

"Jika kita sudah tahu dan tengok di luh mahfuz bahawa kita akan melakukan muksiat kepada Allah pada sekian2 hari dan jam, maka kita wajib kena lakukan muksiat itu kerana kita dah tahu apa yang Allah taala telah suratkan pada kita. Bahkan mendapat pahala kerana kita telah lakukan perkara yang Allah taala sudah kehendakkan(sejak sedia kala) kepada kita itu"


Tapi hakikatnya mustahillah bagi seseorang itu boleh tahu tentang perkara tersebut(sebarang perkara yang telah ditulis di luh mahfuz). Misalnya seorang ditangkap kerana melakukan zina, dia menjawab,"Nak wat camna dah Allah taala taqdirkan aku lakukan zina ini." Ini ungkapan yang salah bagi seorang islam. Mengapa salah?? Kerana sebelum dia melakukan zina itu dia tidak tahu pun bahawa dia akan melakukan zina. Jadi apa yang perlu dia buat sebelum itu(melakukan zina)?? Ialah dia perlu mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara yang boleh menjerumuskan dirinya kepada zina. Inilah(mengelak daripada melakukan zina) ikhtiar yang telah Allah berikan pada kita.

Disambung lagi oleh Tuan guru ustaz Nazrul ketika membahaskan tentang perkara ini,

"Orang yang kita tangkap berzina dan dia bagi alasan 'sudah taqdir ke atas aku untuk buat zina', ubatnya kita bagi penampar saja kat dia. Kalau dia marah kita balik sebab kita tampar dia, kita jawab balik 'nak buat camna, Allah dah taqdirkan aku tampar kau hari ini..."


Sepatutnya kita sebagai hamba yang tidak pernah tahubagaimanakah jatuh bangun kita hari2 mendatang, kita tak boleh menyerahkan segala2nya pada taqdir tanpa ada ikhtiar sebagai seorang hamba.

Sekarang kita masuk pula pada bab tasawuf yang telah aku nyatakan di atas tadi.

Bagi ulamak sufi, ulamak, solihin, aulia dan lain2nya mereka tidak pernah mempertikaikan kerja atau kehendak Allah taala tentang sesuatu perkara yang sedang berlaku dan akan datang. Sebabnya kita takkan pernah tahu tentang hakikat itu(kehendak Allah terhadap kita untuk masa depan). Mereka(ulamak sufi, ulamak, solihin, aulia dan lain2nya) faham sungguh apakah itu konsep hamba dan Tuhannya. Mereka melakukan segala perintah Allah samada wajib atau sunat dengan keikhlasan hati. Tidak mengharapkan apa2 balasan. Yang mereka harapkan ialah Allah redho dengan kerja buat mereka.

Kalaulah mereka mengharapkan ganjaran syurga misalnya.. Adakah mereka akan dapat jika tuhan pemilik syurga itu tidak izinkan mereka masuk ke dalamnya???? Dan jika mereka harapkan supaya Allah taala tidak akan masukkan mereka ke dalam neraka, adakah mereka boleh jamin yang Allah taala tidak akan masukkan mereka ke dalam neraka?? Ini kerana semua itu(masuk ke syurga dan neraka) adalah perkara harus bagi Allah taala. Allah tidak dipaksa untuk memasukkan sesiapa pun ke dalam syurga atau neraka. Kerana terpaksa(digagahi) itu adalah mustahil bagi Allah taala.

Bukan bermakna salah untuk kita(berdoa) mengharapkan syurga Allah itu dan minta Allah jauhkan kita dari nerakanya. Tak salah pun bahkan dituntut untuk minta berdoa begitu pada Allah(minta dijauhkan dari neraka dan minta dimasukkan ke dalam syurga). Dan apa yang penting ialah kita yakin dengan janji Allah kerana Allah tidak menyalahi janjinya...

Cuba kita lihat pada konsep hamba dan tuannya. Seorang hamba akan buat saja apa2 kerja yang disuruh oleh tuannya. Kalau tuannya nak bagi gaji atau tidak, si hamba tadi tidak pernah pertikaikan. Bahkan dia sentiasa lakukan pekerjaan yang disuruh oleh tuannya itu. Bahkan berdosa dan tidak diterima solatnya bagi seorang hamba yang lari dari tuannya(penghulunya).

Telah berkata oleh guruku ketika membahaskan kitab Taqribul ikhwan,

"Cuba kita tengok pada hamba yang rajin buat kerja yang disuruh oleh tuannya, insyaAllah tuannya itu mungkin akan bagi anak daranya(untuk dijadikan isteri)." Point nya di sini ialah seorang hamba itu kalau dia buat sesuatu pekerjaan yang disuruh dengan rajin dan tak pernah pertikai, tak mustahil untuk tuannya itu memberikan ganjaran pada hamba itu tadi.

Seperti itu jugalah jika kita kerja di pejabat. Kalau kita rajin dan jujur dalam kerja kita, mungkin kita akan dinaikkan gaji atau bonus. Adakah sebelum itu kita sudah tahu dijanjikan untuk dinaikkan gaji??

Seperti itu jugalah kita dengan Allah taala(hamba dan Tuhannya). Jika kita ikhlas lakukan perkara taat kepada Allah taala tanpa mempertikaikan apa2, Allah taala akan ganjarkan kita dengan syurganya. Kerana apa?? Kerana Allah ada sifat pemurah(kepada semua manusia) dan sifat penyayang(kepada orang islam saja).

Itulah konsep hamba seperti mana golongan sufi, ulamak, aulia, solihin dan lain2 lagi faham. Tidak mengharapkan apa2 atau mempertikaikan apa2. Apa yang mereka lakukan ialah semata2 kerana Allah dan nak Allah redho kepada mereka. Adapun kita orang awam ini belum tentu lakukan perkara taat itu kerana Allah. Mungkin kerana riak, takabbur dan bermacam lagi sifat2 mazmumah. Na'uzubillahi min zalik....

Jika setiap perkara yang Allah taala telah timpakan ke atas kita ini, kita menyalahkan taqdir saja, untuk apa Allah jadikan iblis, syaitan dan nafsu dalam menggoda kita? Sebab kita dah diberikan ikhtiar untuk memilih jalan mana yang Allah redho dan tidak redho.

Saiyiduna Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atas baginda) adalah a'zhom makhluqot(semulia2 makhluk). Dan baginda juga adalah manusia yang sudah tahu ke mana hujung pangkal baginda akhir nanti iaitu syurga paling tinggi di sisi Allah. Tapi adakah baginda tidak langsung melakukan ibadat??? Tidak, walaupun baginda sudah tahu bahawa baginda akan masuk ke syurga Allah paling tinggi tapi baginda tetap juga melakukan amal ibadat kepada Allah. Kerana apa?? Kerana rasa syukur baginda pada Allah.

Ada kisah tentang Nabi bersama Saiyidatina 'Aishah(Allah meredhoinya). Ketika itu Nabi sedang khusyuk beribadat kepada Allah. Nabi solat malam sampai bengkak2 kaki Nabi. Saiyidatuna Aishah menegur Nabi... "Kenapa kau ya Rasulalllah masih lakukan sebegini(amal ibadat) sedangkan kau sudah dijamin masuk syurga???" Apa jawab Nabi?? "Salahkah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Itu jawapan dari seorang insan yang paling mulia dan telah dijamin masuk syurga yang paling tinggi di sisi Allah. Baginda, walaupun sudah dijamin masuk syurga tetap masih minta ampun pada Allah. Ada tak baginda mempertikaikan apa2 perkara?? Jika seorang manusia paling mulia pun boleh bersyukur dan masih minta ampun pada Allah apatah lagi kita yang hina dan banyak dosa ini????

Cuba lihat diri kita ini?? Yang masih tak tahu hujung pangkal kita, tapi dengan mudahnya menyalahkan taqdir sedangkan kita adaikhtiar untuk merubah nasib kita sendiri. Jika kita benar2 faham konsep hamba dengan Tuhannya kita takkan persoal atau pertikaikan kehendak dan gerak kerja Allah yang sudah sedia kala lagi itu. Apa yang perlu kita buat ialah taat dan buat segala perintahNya tanpa banyak soal. Golongan yang suka banyak soal ini ialah golongan yahudi!!

Sebagai seorang mukallaf(laki dan perempuan), wajib ke atas kita mengetahui sifat irodah ini. Kerana ia memang ada sangkut paut dengan qada dan qadar Allah taala. Apatah lagi pada penuntut ilmu agama, lebih2 lagilah perlu tahu. Kita bukan saja perlu belajar tentang perkara yang fardhu ain saja. Tapi yang fardhu kifayah juga perlu(ada ketikanya ilmu fardhu kifayah boleh menjadi ilmu fardhu ain). Sebab kita sudah berada di maqam ta'lim. Jika orang2 kampung cukuplah bagi mereka melepasi ilmu fardhu ain ini(ilmu kalam, feqah, tasawuf). Tapi kita sebagai pelajar agama perlu belajar yang mendalam lagi(yang lagi mendalam dalam ilmu tauhid, feqah, tasawuf). Tugas kita bukan saja tuntut ilmu. Tetapi untuk memahamkan pula orang kampung atau masyarakat kita. Amat malu bagi Al Azhari jika perkara pokok ini tidak dapat fahamkan betul2 lagi. Menjadi kesalahan kita ialah bila kita lebih aulakan lagi ilmu fardhu kifayah. Bila tidak tahu ilmu fardhu ain mula lah gelabah dan rasa menyesal. Selepas itu bila orang kampung tanya dan kita tak tahu, mula lah buat 'bid'ah' dan menyesatkan orang kampung pula. Malu kah untuk menjawab 'tidak tahu' saja??? Kenapa malu?? Kerana kita ini pelajar agama di peringkat tinggi kan?? Jadi kalau tak boleh jawab kita akan rasa malu. Jadi kita cuba juga jawab walaupun tak tahu. Akhirnya kita sesat dan orang kampung pula telah disesatkan oleh kita. Na'uzubillahi minzalik

Kita adalah 'duta Al Azhar' untuk rakyat Malaysia. Sekarang ini perkara aqidah sudah mula orang pertikaikan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk tahu. Bukannya fikir untuk kerja apa saja balik ke Malaysia nanti...

Aku sarankan kepada kawan2 semua, sebelum kita mempelajari ilmu aqidah ini. Kita perlu tahu apa itu hukum aqal, adat dan syara'.Jika di dalam kitab Al misbahul munir, hukum aqal, adat dan syara' ini dibahaskan pada awal kitab. Bila kita dah faham betul2 tentang hukum aqal, adat dan syara', maka bolehlah untuk kita mempelajari tentang sifat2 Allah. Jika tidak nanti kita akan bertambah pening dan akhirnya mula lah zhon atau syak dengan sifat2 Allah ini. Allaaaah, minta jauh lah kita semua dari semua ini...

Akhir sekali aku mohon maaf jika masih tak jelas lagi dengan sedikit kupasan aku ini. Ada baiknya jika kawan2 berguru lagi dengan orang alim... Ingatlah, ilmu itu diangkat oleh Allah dengan mematikan alim ulamak. Cukuplah sekarang ini orang menghina ulamak, janganlah kita pula tidak menghargai ulamak.

Jika ada salah silap tolong perbetulkan. Itu yang aku harap2kan sangat.........


Rujukan ;

- Kitab Asasul i'tiqod
- Kitab Jauharatut tauhid
- Kitab Risalah al misbahul munir fi ma'rifatillahil qadir
- Kitab Aqidatul muslim
- Kitab Muhimmah fi ilmi hadis
- Kitab Al 'aqoid adduriyah

Apakah yang dikatakan .. MATI...

Apakah yang dikatakan .. MATI...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16112.0


MATI SYARIAT : mati TABI’I namanya.
MATI TARIKAT : mati MAKNAWI namanya.
MATI HAKIKAT : mati SURI namanya.
MATI MAKRIFAT :mati HISI namanya.

Bila ikhlas mengamalkan salah satu zikir dalam mata pelajaran Tharikat Naqsyabandiyah

maka Allah akan memberi rasa mati yang empat perkara.

1.Dapat merasakan MATI TABI’I

Yaitu mati panca indra yang lima,seluruh anggota tubuhnya secara lahir dan batin telah membaca Allah Allah dan suara alam ini seolah berzikir dan terdengar membaca kalimat Allah Allah,berzikir dengan sendirinya,hingga yang tinggal hanyalah rasa rindu terhadap Allah.Orang yang telah merasakan mati Tabi’i itulah orang yang telah sampai dengan Rahmat Allah pada maqam tajalli Af’alullah(nyata perbuatan Allah SWT).


2.Dapat merasakan MATI MAKNAWI

Yaitu merasakan dirinya lahir dan batin telah hilang dan seluruh alam ini telah lenyap semuanya,yang ada hanyalah kalimat Allah Allah semata-mata dimanapun ia memandang,kalimat Allah yang ditulis dengan Nur Muhammad.
Orang yang telah merasakan mati maknawi itulah orang yang telah sampai dengan rahmat Allah pada maqam Asma Allah SWT,atau biasa disebut maqam Tajalli Asma(nyata nama Allah SWT),nama dengan yang punya nama tidak terpisahkan sedikitpun.”Dengan nama Allah SWT,yang tidak memberi mudarat/binasa dilangit dan dibumi dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui”.

3.Dapat merasakan MATI SURI

Yaitu didalam perasaan orang itu telah lenyap segala warna-warni,
yang ada hanya Nur semata-mata,yakni Nurullah,Nur Dzatullah,Nur Sifatullah,Nur Asma Allah,Nur Af’alullah,Nur Muhammad,Nur Baginda Rosulullah,Nur Samawi,Nur ‘Ala Nur.

Inilah orang yang telah diberi pelita oleh Allah untuk meluruskan jalannya.
Orang yang telah merasakan mati suri itulah orang yang telah sampai dengan rahmat Allah pada makam Tajalli Sifattullah(Nyata Sifat Allah).

4.Dapat merasakan MATI HISI

Yaitu dalam perasaannya telah lenyap kalimat Allah,dan telah lenyap pula seluruh alam ini secara lahir dan batin,dan telah lenyap pula nur yang tadinya terang benderang,yang ada dan dirasakannya adalah Dzat Allah SWT,bahkan dirinya sendiripun dirasakannya hilang musnah,ia telah dibunuh Allah SWT.dan dialah sebagai gantinya,sebagaimana firman Allah SWT didalam Hadist Qudsi:
“Bahwasanya hamba-Ku,apabila AKU telah kasihi,AKU bunuh ia,lalu apabila telah AKU bunuh,maka AKUlah sebagai gantinya”

Maka langkahnya seolah-olah langkah Allah
Pendengarannya,pendengaran Allah
Penglihatannya,penglihatan Allah
Geraknya,kehendak Allah
Perbuatannya,perbuatan Allah

Orang yang telah mendapat mati hisi,ia akan melihat Allah SWT dalam perasaannya

Surat Al-Baqarah ayat 115 :

“Timur dan barat kepunyaan Allah SWT,kemana kamu menghadap,maka disana ada wajah Allah”

Surat An-Nisa ayat 126 :

“Dialah Allah yang awal,dan Dialah yang zhahir dan Dialah Allah yang batin”
Orang yang telah merasakan mati hisi ,itulah orang yang telah sampai dengan Rahmat Allah SWT pada maqam Tajalli Dzat.

Wednesday 28 August 2013

Sifat 20..jalansufi

Sifat 20..jalansufi

http://jalansufi.com/Syariat/sifat-20

Bermula Mu’alim hamba [Buya Abdul Karim bin Muhammad Nur – Kerinci Indonesia menyusun sebuah kitab yang menjadi pegangan seluruh murid beliau yang ditulis menggunakan huruf jawi (Arab Melayu), mudah-mudahan Allah meredhai dan mengizinkan hamba mengutarakannya dalam forum ini tanpa melanggar adab.

Bismillahirrahmanirrahiim…

Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:

1. Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu ‘Aqidul Iman

2. Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadits

3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

4. Tempat bahasannya atau Maudu’nya kepada empat tempat:

· Pada Zat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padaNya dan sifat-sifat yang harus padaNya.

· Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padanya dan sifat-sifat yang harus padanya

· Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi petunjuknya dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia

· Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran rasul-rasul Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat

5. Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat kebahagian hidup didunia dan hidup di akhirat yang kekal.

6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada agama islam dan yang paling utama sekali dalam agama islam.

7. Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka yang menghantarkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan meraka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mashur yaitu Imam Abu Al hasan Al Asy’ari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima ilmu tauhid daripada Allah Ta’ala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi Muhammad SAW.

8. Hukumnya, yaitu fardhu ‘ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala dengan jalan Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau uraian

9. Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain, karena menurut haditsnya nabi: Inallahata’ala lam yafrid syai’an afdola minattauhid wasshalati walaukana syai’an afdola mintu laf tarodohu ‘ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu, artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada mengEsakan Tuhan. Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada malaikatnya padahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku’ selamanya dan setengah ada yang sujud selamanya dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasul dan dari itu maka jadilah maudu’nya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.

10. Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara I’tikad dan kepercayaan syah dengan yang batil dan dapat pula membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau antara yang Qadim dengan yang muhadasNya

Ilmu Tauhid

Adapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:

1. Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat

2. Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua bahagi:

a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyak

b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul

3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

Aqal

Adapun ‘Aqal itu dua bahagi :

1. ‘Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.

2. ‘Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.

Adapun Hukum ‘Aqal itu tiga bahagi:

1. Wajib ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)

2. Mustahil ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil adanya (Segala kebalikan daripada sifat yang wajib, sekutu)

3. Harus ‘Aqal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yang baharu/diciptakan)

Mumkinun (Baharu Alam)

Adapun yang wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:

1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga

2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang

3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus

4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur

Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:

1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan atau belakang

2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat

3. Berhimpun atau bercerai

4. Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk

Hukum Adat Thobi’at

Adapun yang wajib bagi hukum adat Thobi’at yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti makan, apabila makan maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila bersentuh dengan kayu yang kering maka wajib terbakar, dan pada benda yang tajam yang apabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.

Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum. Adapun yang mustahil pada adat Thobi’at itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang, minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yang tajam tiada putus atau luka dan dimasukkan didalam api tiada terbakar. Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudah berlaku pada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Isma’il as dipotong dengan pisau yang tajam diada putus atau luka .

Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mu’jizat, jika berlaku pada nabi-nabi dinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika pada orang yang ta’at dinamakan Ma’unah dan jika berlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu ada empat macam:

1. dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi

2. dinamakan Kahanah yaitu pada tukang tenung

3. dinamakan Sa’uzah yaitu pada tukang sulap mata

4. dinamakan Sihir yaitu pada tukang sihir

Mohon ampunan dan RedhaMu yaa Allah,…

Itulah yang telah terdahulu banyak hamba ungkapkan (terlanjur) di topik-topik yang ada dalam BSC ini, untuk selanjutnya hamba, Insya Allah, akan memohon izin dahulu kepada Mu’alim hamba, sebab ada beberapa huraian penting yang hamba wajib meminta izin dahulu pada beliau, diantaranya: Hukum Syara’, Hakikat Makrifat beserta huraian dalil bagi Sifat-Sifat yang wajib bagi ‘aqal tentang keTuhanan:

-Sifat Nafsiyah

-Sifat Salbiyah

-Sifat Ma’ani

-Sifat Ma’nawiyah

lalu dibahagi menjadi dua bahagi:

-Sifat Istighna (28 Aqa’id)

-Sifat Iftikhor (22 Aqa’id)

yang menghasilkan faham hakikat nafi mengandung isbat, isbat mengandung nafi (50 Aqa’id), lalu berlanjut pada huraian Sifat-sifat bagi Rasul, ditambah empat perkara rukun iman (18 Aqa’id), menghasilkan penjelasan aqa’idul iman yang 5 (lima jenis), aqa’idul iman 50, aqa’idul iman 60, aqa’idul iman 64, aqa’idul iman 66 dan aqa’idul iman 68.

Baharulah disimpulkan menjadi 4 rukun Syahadat dan adab-adabnya, serta menjelaskan penjelasan zikir, serta makna asma ALLAH

InsyaAllah….
MA’RIFAT

Adapun hakikat Ma’rifat itu berhimpun atas tiga perkara:

1. ‘Itikad Jazam, yaitu ‘Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham

2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Qur’an dan Hadits

3. Mu’addalil yaitu beserta dalil

Adapun Dalil itu dua bahagi:

1. Dalil naqal (naqli), yaitu Al Qur’an dan Hadits.

2. Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita

Adapun dalil wujud Allah Ta’ala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an : Allahu khaliqu kullu syai’in, artinya: Allah Ta’ala yang menjadikan tiap-tiap sesuatu

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawas :

1. ‘Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham

2. Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi

3. Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an: wa fii amfusikum afala tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits Rasullullah, Man arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanya mengenal Tuhannya.

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawasul khawas:

1. I’tikad jazam, tiada sak, dzon dan waham

2. Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada dalil yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Aqal dhoruri) terus ia ma’rifat kepada Allah Ta’ala.

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Adapun Ma’rifat itu tiga martabat:

1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama

2. ‘Ainul yaqin, yaitu segala Aulia

3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:

1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud

2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat

3. Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam

4. Sifat Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttaqalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

1. Sifat Istighna’ yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun

2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah

SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:

1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud

2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat

3. Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam

4. Sifat Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttaqalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

1. Sifat Istighna’ yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun

2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Bahagian I: Sifat Nafsiyah:

Wujud, artinya ada, yang ada itu dzat Allah Ta’ala, lawannya ‘Adum, artinya tiada yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada karena jikalau Allah Ta’ala itu tiada niscaya tiadalah perobahan pada alam ini. Alam ini jadilah statis (tak ada masa, rasa dll), dan tiadalah diterima ‘aqal jika semua itu (perobahan) terjadi dengan sendirinya.

Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya niscaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau berat salah satu maka sekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang ini dan teratur tersusun segala pekerjaannya maka menerimalah aqal kita wajib adanya Allah Ta’ala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya yaitu firmannya dalam Al Qur’an:

Allahu kholiqu kullu syai’in

artinya, Allah Ta’ala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.

Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah ada itulah dirinya hak Ta’ala. Adapun ta’rif sifat nafsiyah itu: Hiya huwa wala hiya ghoiruku, artinya, sifat inilah dzat hak Ta’ala, tiada ia lain daripadanya yakni sifat pada lafadz dzat pada makna

Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoiru mu’alalahi bi’illati, artinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikarenakan dengan suatu karena yakni adanya yaitu tiada karena jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Ia berjadi-jadian.

Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah karena wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya dzat tiada lainnya dan tiada boleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-lain.

Adapun Wujud itu tiga bahagi:

1. Wujud Haqiqi, yaitu dzat Allah Ta’ala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada kesudahan maka wujud itu bersifat Qadimdan Baqa’, inilah wujud sebenarnya

2. Wujud Mujazi, yaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa’, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala

3. Wujud ‘Ardy, yaitu dzat ‘Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain

Adapun yang Mawujud selain Allah Ta’ala dua bahagi

1. Mawujud dalam ‘alam sahadah, yaitu yang di dapat dengan khawas yang lima seperti langit, bumi, kayu, manusia, binatang dan lain-lain

2. Mawujud didalam ‘alam ghaib yang tiada didapat dengan khawas yang lima tetapi didapat dengan nur iman dan Kasaf kepada siapa-siapa yang dikaruniakan Allah Ta’ala seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Nur dan lain-lain.

Adapun segala yang Mawujud itu lima bahagi:

1. Mawujud pada Zihin yaitu ada pada ‘aqal

2. Mawujud pada Kharij yaitu ada kenyataan bekas

3. Mawujud pada Khayal yaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang didalam mimpi

4. Mawujud pada Dalil yaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api

5. Mawujud pada Ma’rifat yaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi terus Ia Ma’rifat kepada Allah Ta’ala

Membicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:

1. Dalil yang didapat dari Khawas yang lima tiada dapat didustakan

2. Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan

3. Dalil yang didapat daripada ‘Aqal tiada dapat didustakan

4. Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan

5. Dalil yang didapat daripada firman Allah Ta’ala tiada dapat didustakan

SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:

1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud

2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat

3. Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam

4. Sifat Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttaqalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

1. Sifat Istighna’ yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun

2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Bahagian II: Sifat Salbiyah

Adapun hakikat sifat Salbiyah itu: wahiya dallat ‘alallafiy maalaa khaliyqu billahi ‘aza wajalla, artinya barang yang menunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala yaitu lima sifat:

1. QIDAM, artinya Sedia

2. BAQA’ artinya Kekal,

3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya.

5. WAHDANIAH, artinya Esa

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

1. QIDAM, artinya Sedia

Adapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada permulaan, lawannya Hudusy artinya baharu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia baharu karena jikalau Ia baharu niscaya jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus, tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginya maka menerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun dalilnya firmannya dalam Al Qur’an: huwal awwalu, artinya Ia juga yang awal.

Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:

a. Qadim Haqiqi, yaitu dzat Allah Ta’ala

b. Qadim Sifati, yaitu sifat Allat Ta’ala

c. Qadim Idofi, yaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anak

d. Qadim Zamani, yaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun

2. BAQA’ artinya Kekal

Adapun hakikat Baqa’ itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiada kesudahan, lawannya Fana’ artinya binasa yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nya itu wujud yang baharu, apabila Ia baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajib bersifat Qadim maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wayabqo wajhu robbikauzuljalali wal ikrom, artinya kekal dzat Tuhan kamu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Adapun yang Kekal itu dua bahagi:

a. Kekal Haqiqi, yaitu dzat dan sifat Allah Ta’ala

b. Kekal Ardy, yaitu kekal yang dikekalkan, menerima hukum binasa jikalau dibinasakan Allah Ta’ala, karena ia sebahagian daripada mumkinun, tetapi tiada dibinasakan maka kekallah ia, maka kekalnya itu dinamakan kekal ‘Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauh mahfudh, surga, neraka, bidadari dan telaga nabi.

3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITSI artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu

Adapun Hakikat Mukhalafatuhulilhawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af’al Allah Ta’ala dengan segala sesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang baharu, lawannya Mumassalatuhulilhawadits, artinya bersamaan dengan segala sesuatu yang baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta’ala itu bersamaan dzat-Nya dan sifat-Nya dan af’al-Nya dengan segala yang baharu, karena jikalau bersamaan dengan segala yang baharu maka tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa’, sebab segala yang baharu menerima hukum binasa, maka sekarang telah terdahulu wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Qadim dan Baqa’, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat mukhalafatuhulilhawadits, dan mustahil lawannya Mumasalatu lilhawadits, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:

laisa kamislihi syaiin wa huwassami’ul bashir, artinya tiada seumpama Allah Ta’ala dengan segala sesuatu dan Ia mendengar dan melihat.

Adapun bersalahan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu karena dzat Allah Ta’ala bukan jirim atau jisim dan bukan jauhar atau ‘aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat, tiada bermasa atau dikandung masa dan tiada beranak atau diperanakkan.

Bersalahan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu karena sifat Allah Ta’ala Qadim dan ‘Aum takluknya, seperti Sami’ Allah Ta’ala takluk pada segala yang mawujud.

Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada ‘Aum takluknya, tetapi takluk pada setengah perkara jua seperti yang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengar atau yang jauh atau yang tersembunyi seperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiada serupa dengan sifat Allah Ta’ala.

Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu karena perbuatan Allah Ta’ala itu memberi bekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.

Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan minta tolong dan mengambil faedah.

4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendirinya

Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.

Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, karena Ia zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri karena sifat itu tiada boleh berdiri dengan sendirinya.



Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia karena Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat Qadim dan Baqa’ dan Mukhalafatuhulilhawadits.



Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Ta’ala itu bersifat Qiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu ko’imambinafsihi, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: Innallaha laghniyyun ‘anil ‘alamiin, artinya Allah Ta’ala itu terkaya daripada sekalian alam.



Adapun segala yang Mawujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia itu empat bahagi:



a. Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada tempat berdiri, yaitu zat Allah Ta’ala

b. Berdiri pada zat Allah Ta’ala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia, yaitu sifat Allah Ta’ala



c. Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitu segala jirim yang baharu



d. Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitu segala ‘aradh yang baharu



5. WAHDANIAH, artinya Esa

Adapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kammuttasil (berbilang-bilang atau bersusun-susun atau berhubung-hubung) dan kammumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat, pada sifat, dan pada af’al.



Lawannya An-yakunu wahidan, artinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali dikatakan tiada Ia Esa, karena jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini karena banyak yang memberi bekas.



Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari utara atau selatan, karena tiga yang memberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itu mengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanya disebelah barat, tentu pula tuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanya disebelah timur atau utara atau selatan, karena tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan meniadakan maka kesudahannya matahari itu tiada keluar.



Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan didalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal Wahdaniah bagi Allah Ta’ala dan mustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.



Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: Qul huwallahu ahad, artinya katakanlah oleh mu (Muhammad) Allah Ta’ala itu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Af’al.



Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun seperti dikatakan zat Allah Ta’ala itu berdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah Ta’ala itu kejadian daripada anasir yang empat.



b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa, umpama dikatakan ada zat yang lain seperti zat Allah Ta’ala yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.



Maka Kammuttasil dan Kammumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni Esa dzat Allah Ta’ala.



Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, seperti dikatakan ada pada Allah Ta’ala dua Qudrat atau dua Ilmu atau dua Sami’ yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.



b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa seperti dikatakan ada Qudrat yang lain atau Ilmu yang lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Ta’ala.



Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa sifat Allah Ta’ala.



Adapun Wahdaniah pada af’al menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berhubung atau minta tolong memperbuat suatu perbuatan, seperti dikatakan Allah Ta’ala jadikan kuat pada nasi mengenyangkan dan kuat pada air menghilangkan dahaga dan kuat pada api membakar dan kuat pada tajam memutuskan yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.



b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak perbuatan yang memberi bekas, seperti dikatakan ada perbuatan yang lain memberi bekas seperti perbuatan Allah Ta’ala, yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.



Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada af’al Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua ini maka baharulah kita dikatakan Ahadiyyatull af’al, yakni Esa perbuatan Allah Ta’ala.



Bahagian III: Sifat Ma’ani

Adapun hakikat sifat Ma’ani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qo’imatun bimaujuudatun aujabat lahu hukman, artinya tiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibalwujud / zat Allah Ta’ala) maka mewajibkan suatu hukum (yaitu Ma’nawiyah)



Sifat Ma’ani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:

1. QUDRAT artinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun

2. IRADAT artinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun

3. ILMU artinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja’iz bagi aqal.

4. HAYAT artinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-sifat yang lain.

5. SAMA’ artinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.

6. BASYAR artinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.

7. KALAM artinya Berkata-kata

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

1. Qudrat artinya Kuasa

Adapun hakikat Qudrat itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat dengan Iradat-Nya. Adapun arti mumkin itu barang yang harus adanya atau tiadanya



Adapun mumkin itu empat bahagi:

a. Mumkin Maujuud ba’dal ‘adum, yaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada, seperti: langit, bumi dan kita semuanya.



b. Mumkin Ma’dum ba’dal wujud, yaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini dahulunya ada, seperti: nabi Adam as, dan datok-datok nenek kita yang sudah tiada.



c. Mumkin sayuzad, yaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.



d. Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad, yaitu mumkin yang didalam Ilmu Allah Ta’ala, tetapi tiada dijadikan seperti hujan emas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.



Lawannya ‘Ujdzun artinya lemah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu lemah, karena jikalau Ia lemah niscaya tiadalah ada alam ini karena yang lemah itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan. Maka sekarang alam ini telah nyata adanya bagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal, bagi-Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya ‘Ujdzun.



Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu ‘ala kulli sai’in-qodir, artinya Allah Ta’ala itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Qudrat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.

* Qudrat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.

* Qudrat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.

* Qudrat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.

* Qudrat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

2. Iradat artinya Menentukan

Adapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya,muafakat dengan Ilmu-Nya.



Adapun Iradat Allah Ta’ala menentukan enam perkara:

a. Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanya

b. Menentukan Tempat mumkin itu

c. Menentukan Jihat mumkin itu

d. Menentukan Sifat mumkin itu

e. Menentukan Qadar mumkin itu

f. Menentukan Masa mumkin itu

Lawannya Karahat artinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada menentukan atau tiada berkehendak, karena jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Ia berkehendak mengadakan alam ini atau meniadakan alam ini niscaya tiadalah baharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yang datang ada yang pergi, seperti yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.



Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: fa’allu limaa yuriy d’, artinya berbuat Allah Ta’ala dengan barang yang ditentukan-Nya.

Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim karena:

Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala pengikutnya.



Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqa’r dan segala sahabat yang lain.



Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak.

Adakalanya tiada disuruh tetapi dikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh seperti Nabi Adam as dan Hawa.



Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Iradat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.

* Iradat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.

* Iradat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.



* Iradat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.



* Iradat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).



3. Ilmu artinya Mengetahui

Adapun hakikat Ilmu itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.



Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.



Adapun yang mustahil itu yaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya maka mengetahui Ia tiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.



Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya dengan Ilmu-Nya yang Qadim



Lawannya Jahil, artinya bodoh, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia Jahil atau bodoh karena jikalau ia Jahil atau bodoh niscaya tiadalah teratur atau tersusun segala pekerjaan didalam alam ini maka sekarang alam ini telah teratur dan tersusun dengan baiknya, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Ilmu dan mustahil lawannya Jahil atau bodoh.



Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu bikulli syai’in ‘alimun, artinya Allah Ta’ala mengetahui tiap-tiap sesuatu.






Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Ilmu Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil.

* Ilmu Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.

* Ilmu Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.



* Ilmu Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.



* Ilmu Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).



4. Hayat artinya Hidup

Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.



Lawannya maut artinya mati, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati karena jikalau Ia mati niscaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat hayat dan mustahil lawannya maut.



Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: huwal hayyuladzii laa yamuut, artinya Dia yang Hidup yang tiada mati.



Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Hayat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.

* Hayat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.

* Hayat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.



* Hayat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.



* Hayat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain)

5. Sami’ artinya Mendengar

Adapun hakikat Sami’ itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mendengar segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau Muhadas.



Adapun mawujud yang Qadim yaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya yang tiada berhuruf dan bersuara, dan yang muhadas yaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdinding pendengarannya oleh sebab jauh atau tersembunyi.



Lawannya Sumum, artinya pekak atau tuli yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia pekak atau tuli karena jikalau Ia pekak atau tuli niscaya tiadalah dapat Ia memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Ia kepada sekalian makhluk-Nya dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Qur’an: ud’uunii astajib lakum, artinya mintalah olehmu kepadaKu niscaya Aku perkenankan.



Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Sami’ dan mustahil lawannya Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu sami’un ‘alimun, artinya Allah Ta’ala itu yang mendengar dan yang mengetahui .



Tetaplah dalam Hakikat Sami’ itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Sami’ Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.

* Sami’ Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.

* Sami’ Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.



* Sami’ Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.



* Sami’ Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

6. Bashir artinya Melihat

Adapun hakikat Bashir itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia melihat segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau muhadas.



Adapun mawujud yang Qadim itu dzat dan sifat-Nya, maka melihat Ia akan dzat-Nya yang tiada berupa dan berwarna dan sifat-Nya yang kamalat.



Adapun mawujud yang muhadas itu sekalian alam ini maka melihat Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang lagi akan diadakan.



Tiada terdinding yang pada penglihatan-Nya oleh sebab jauh atau sangat halusnya atau sangat kelamnya.

Lawannya ‘Umyun, artinya buta, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia buta karena jikalau Ia buta maka jadilah Ia kekurangan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taa’la itu bersifat Bashir dan mustahil lawannya ‘Umyun atau buta



Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQur’an: wallahu bashirun bimaa ta’maluun, artinya Allah Ta’ala itu melihat apa yang kamu kerjakan.



Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Bashir Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.

* Bashir Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.

* Bashir Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.



* Bashir Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.



* Bashir Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

7. Kalam artinya Berkata-kata

Adapun hakikat Kalam itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: fa’lam annahu laailahaillalah, artinya ketahui oleh mu bahwasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukana fiyhima alihatun illallah lafasadatu, artinya jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkata pada yang harus dengan firman-Nya: wallahu holaqokum wamaa ta’maluun, artinya Allah Ta’ala jua Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.



Lawannya Bukmum, artinya kelu atau bisu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia bisu atau kelu karena jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau mencegah dan menceritakan segala perkara seperti hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kita sembahyang dan cegah kita berbuat ma’siat.






Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala itu bersifat Kalam dan mustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya friman-Nya dalam Al Qur’an: wa kallamallaahu muusa taqlimaan, artinya berkata-kata Allah Ta’ala dengan nabi Musa as dengan sempurna kata.



Adapun Kalam Allah Ta’ala itu satu sifat jua tiada Ia berbilang tetapi berbagi-bagi dipandang dari segi perkara yang dikatakan-Nya apabila Ia menunjukkan kepada suruh maka dinamakan amar seperti suruh sembahyang dan puasa dan lain-lain, jika Ia menunjukkannya kepada cegah atau larangan maka dinamakan nahi seperti cegah berjudi., minum arak dan lain-lain, jika Ia menunjukkan pada cerita dinamakan akhbar, seperti cerita raja Fir’aun , Namrudz, dan lain-lain.



Jika Ia menunjukkan pada khabar gembira dinamakan Wa’ad seperti balas syurga pada orang beriman dan ta’at dan lian-lain, jika Ia menunjukkan pada khabar menakutkan maka dinamakan Wa’id, seperti janji balas neraka dan azab bagi orang yang berbuat maksiat dan kafir.



Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.



* Kalam Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.

* Kalam Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan kelu.

* Kalam Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, tiada terdinding dan tiada berhuruf atau bersuara.



* Kalam Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.



* Kalam Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

Bahagian IV: Sifat Ma’nawiyah

Adapun hakikat sifat ma’nawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati mu’allalati bi’illati, artinya hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikarenakan suatu karena yaitu Ma’ani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, artinya Yang Kuasa, Qudrat sifat Ma’ani, Qadirun sifat Ma’nawiah maka berlazim-lazim antar sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiah, tiada boleh bercerai yaitu tujuh sifat pula:



1. QADIRUN, artinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat

2. MURIIDUN, artinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat

3. ‘ALIMUN, artinya Yang Mengetahui maka melazimkan ‘Ilmu yang berdiri pada dzat

4. HAYYUN, artinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat

5. SAMI’UN, artinya Yang Mendengar melazimkan Sami’ yang berdiri pada dzat

6. BASIRUN, artinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat

7. MUTTAKALLIMUN, artinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada dzat

Bahagian V: Sifat Istighna

Artinya sifat Kaya, Hakikat sifat Istighna: mustaghniyun ’angkullu maa siwahu, artinya Kaya Allah Ta’ala itu daripada tiap-tiap yang lain.



Apabila dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah dapat dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lainnya.



Adapun sifat wajib ISTIGHNA yang 11 itu ialah:

Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Kiyamuhubinafsihi, Sami’, Basir, Kalam, Sami’un, Basirun dan Muttakalimun.



Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada sifat Istighna yaitu



1. Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya, lawannya mengambil faedah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia pada menghasilkan hajat-Nya



2. Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau wajib Ia menjadikan alam ini tiadalah Ia Kaya daripada tiap-tiap yang lainnya, karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yang menyempurnakan-Nya



3. Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberi bekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi sesuatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnya karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitoh



Bahagian VI: Sifat Ifthikhor

Artinya sifat berkehendak: hakikat sifat Ifthikhor: wamuftaqirun ilaihi kullu maa ’adaahu, artinya berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya.



Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sembilan (9) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalah dapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,



Adapun sifat wajib IFTIQOR yang sembilan (9) itu adalah:

1. Qudrat

2. Iradat

3. Ilmu

4. Hayat

5. Qodirun

6. Muridun

7. ‘Alimun

8. Hayyun

9. Wahdaniah

Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat Ifthikhor:

1. Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau alam ini Qodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya karena lajim ketika itu bersamaan derejat-Nya



2. Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobi’at atau dzatnya. Lawannya memberi bekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi bekas sesuatu daripada kainat dengan tobi’at niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya karena lajim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.



Maka sekarang telah nyata pada kita bahwa duapuluh delapan (28) sifat Istighna dan duapuluh dua (22) sifat Ifthikhar maka jumlahnya jadi limapuluh (50) ‘akaid yang terkandung didalam kalimah laa ilaha ilallaah, maka jadilah makna hakikat laa ilaha ilallaah itu dua: laa mustaghniyun angkullu maasiwahu, artinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yang lainnya dan wa muftaqirun ilaihi kullu ma’adahu, artinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.



Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):

1. Wajibal wujud, yaitu yang wajib adanya.

2. Ishiqoqul ibadah, yaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah

3. Kholikul ‘alam, yaitu yang menjadikan sekalian alam

4. Maghbudun bihaqqi, yaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.

Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) yaitu:

Laa ilaha ilallaah, Laa ma’budun ilallah, artinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.



Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi dan isbat



Adapun yang dinafikan itu sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor berdiri pada yang lain dengan mengatakan: laa ilaha dan diisbatkan sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah Ta’ala dengan mengatakan kalimah Ilallaah



Laa = nafi, Ilaha = menafi, ila = isbat, Allah = meng-isbat

Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi sepeti sabda nabi : laa yufarriqubainannafi wal-isbati wamamfarroqu bainahumaa fahuwa kaafirun, artinya Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan barang siapa menceraikan kafir.



Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api. Asap tetap asap dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah artinya nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.



AQAI’DUL IMAN

Adapun Aqa’idul Iman itu lima bahagi:

1. Aqa’idul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajib diketahui bagi tiap-tiap orang islam yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Ta’ala, jikalau tiada kita mengetahui Aqa’idul Iman yang ringkas ini maka tiadalah syah ibadah kita kepada Allah Ta’ala yaitu 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasul dn 4 sifat pula yang mustahil dan 1 sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqa’id



2. Aqa’idul Iman 60

3. Aqa’idul Iman 64

4. Aqa’idul Iman 66

5. Aqa’idul Iman 68

Adapun Aqa’idul Iman yang empat (4) kemudian ini untuk ma’rifat yaitu untuk membedakan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu, maka kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja, setengahnya tiada dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Iman tetapi tiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara dan lawannya , maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannya maka inilah sebab menjadi 66.



Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:

1. Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah

2. Syahadat Rasul, yaitu Ashadu ana muhammadarrasuulullaah

Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:

1. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah

2. Ditasdiqkan makna itu kedalam hati

Syarat Syahadat itu empat perkara:

1. Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu

2. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah

3. Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati

4. Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati

Rukun Syahadat itu empat perkara:

1. Mengisbatkan dzat Allah Ta’ala dzat yang wajibal wujud

2. Mengisbatkan sifat Allah Ta’ala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan

3. Mengisbatkan af’al Allah Ta’ala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua perbuatannya

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah

Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:

1. Diketahui

2. Diikrarkan dengan lidah

3. Ditasdiqkan maknanya didalam hati

4. Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota

Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:

1. Syak hatinya pada Allah Ta’ala

2. Menduakan Allah Ta’ala

3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Ta’ala

4. Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan af’al Allah Ta’ala dan kebenaran Rasul

Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian

1. Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah

2. Dzikir hati yaitu: Allah

3. Dzikir sirr yaitu: Huwa

Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syari’at

Adapun Allah… Allah… dzikir orang Tarikat

Adapun Huwa… Huwa… dzikir orang Hakikat

Laa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani

Allah… Allah… itu makanan Qalbu

Huwa… Huwa… itu makanan Ruhani

ALLAH

Alif = Dzat

Lam = Sifat

Lam = Af’al

Ha = Asma’

Tuesday 27 August 2013

KEMERDUAN AL FATIHAH USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH

KEMERDUAN AL FATIHAH USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH

Sila KLIK..link di BAWAH ini...

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.