Mokhtar Petah..MANUSIA - MANUSIA SUFI..
by Mokhtar Petah
TARIKAT - TARIKAT SUFI
Di seluruh dunia,sama ada di negara – negara umat Islam mahupun di negara – negara umat beragama lain, tetapi ada umat Islam, terdapat banyak tarikat ( tariqat – Arab) sufi Islam. Tarikat – tarikat itu ada yang besar dan diamalkan di seluruh dunia dan ada di negara – negara atau wilayah – wulayah kecil. Berikut ini dicatatkan sekadar sebhagian dari tarikat sufi Islam yang dapat dipetik dari buku – buku sejarah sufi Islam, iaitu:
1 - Ahmadiyah
Tarikat ini dinamakan dengan sempena nama pelopornya, iaitu Ahmad Badawi – 596 – 634H - , lahir di Masir dan dia terkenal di kalangan para orang sufi sebagai ‘ wali agung’ Masir.
2 - Al Akbariyah
Tarikat ini dinama sempena dengan nama Sheikh agungnya, Muhyiddin bin Arabi. Dia seorang yang suka mendiamkan diri dan tarikatnya ditubuhkan atas dasar ‘diam’ juga dan uzlah, iaitu mengsingkan diri dari orang ramai, bertahan lapar dan berjaga malam. Keadaannya seperti Nabi Ishak laihi salam.
3 - Al Bakdasyiyah
Tarikat ini diikut atau dianut oleh ramai orang Turki. Tarikat ini adalah penting dalam penyebaran ajaran agama Islam di kalangan orang Turki dan Mongol. Pada zaman Uthmaniyah berkuasa, tarikat ini mempunyai peranan penting dalam kerajaan tersebut. Para ahli tarikat ini terdiri dari mereka yang memegang fahaman sunni dan syiah.
4 - Ad Dasuqiyah
Tarikat ini adalah menggunakan nama pemimpin atau pelopornya, iaitu Ibrahim Ad Dasuq – 633 – 676H -. Tarikat ini membawa para pengikutnya memurnikan jiwa raga, menyayangi sesama makhluk Allah, berserah diri kepada Allah dan dalam keadaan dapai mengikut pemimpinnya.
5 - Aidrusiyah
Tarikat ini, ditubuhkan seorang mualim dan ahli tarikah dari suku bangsa Arab Al Idrus. Di antara para guru tarikat ini, ialah, Syeikh Abu Bakar al Idrus, meninggal dunia pada 814H.
5- Al Malamatiyah
Tarikat ini didirikan oleh ahli tarikat yang berwsemangat jihad pada jalan Allah, Abu Saleh Hamdun bin Ahmad bin ‘Ammar dan tekenal dengan panggilran Al Qassar – w 271H - . Hampir semua pengikut tarikat ini diransangkan dengan semangat jihat pada jalan Allah, menentang kemungkara dan melaksanakan amal makruf.
6 - Al Maulawiyah
Tarikat ini ditubuhkan oleh ahli tarikat, penyair, Farsi kini, Iran, Jalaluddin Rumi (w 672H - . Cara atau sistem tarikat ini ada kelainan dari tarikat – tarikat lain, iaitu ia ada tarian dalam dewan zikir mereka.
Ertinya mereka berzikir dalam keadaan menari. Khabarnya pada masa silam, tarikat ini tersibar di Turki dan Asia Barat. Tetapi pada masa ini tarikat tersebut berkurangan.
7 - An Naqsabandiyah
Tarikat ini, ialah sempena nama pemimpinnya, iaitu Shah Naqsanbandi - Sheikh Baharuddin Muhammad bin Muhammad Al Bukhari -618 – 791H - .
8 - Al Qadiriyah
Tarikat ini, ialah ari nama pengasasnya, iaitu Sheikh Abdul Qadir Jailani – 470 – 561 - . Dia seorang yang banyak anak, iaitu 49 orang dan 11 orang dari mereka teloah menyebarkan tarikat ini ke seluruh dunia.
9 - Ar Rifaa’iyah
Tarikat ini, ialah mengunakan nama pemimpinnya,iaitu Sheikh Ahmad Rafie – w 580H - .dari suku Arab yang bernama Rifa’ah.
10 - Sammaniyah
Ditubuhkan oleh mualim dan ahli tarikat, di Madinah al munawwarah Sheikh Muhammad Saman. Ramai muridnya yang datang dari kepulayan Melayu, termasukj Aceh.Dia mneninggan pada tahun 1720M.
10 - Asy Syaziliyah
Tarikat ini, ialah dari nama pengasanya, Sheikh Abu Hassan Asy Syazili – 593 – 656H-. Agama Islam, adalah sebuah agama yang diredai dan diberkati oleh Allah, maka, ia tidak tertumpu kepada ibadat KeTuhanan semata – mata, tetapi, iala meliputi hal ehwal kehidupan umat manusia, seperti siasah atau politik, ekonomi – meliputi berrdangan, perusahaan dalam semua bidang, seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan sebagainyaagama, termasuk kemasyarakat dan kemanusia sejagat.
Dalam parti – parti politik yang berideologikan Islam di negara – negara umat Islam di seluruh dunia, terdapat ramai ahli sufi dan ahli tarikat berjuang dalam parti – parti politik atapun menyertai parti – parti politik tersebut.
Dalam parti politik Masir, Ikhwanul Muslimin, di antara mereka, ialah: Sheikh Hassan Al Bana (324 – 1369) dan Syed Qutb (1906 – 1966). Mereka adalah pejuang Islam yang berjuang untuk menegakkan negara Islam di bumi Masir.
Dilihat dari segi kaca mata orang Islam yang sayangkan agama Allah, bahawa Hassan Al Bana, Syed Qutb dan para pejuang dalam parti Ikhwanul Muslimin Masir adalah dalam golongan orang yang berjihad atau berjuang pada jalan Allah.
Kebanyakan mereka dalam parti politik tersebut telah dibunuh dengan cara tembak sampai mati dan gantung sampai mati oleh kerajaan Masir.
(Disunting dari manuskrip buku, Ibadat Hakiki Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)
by Mokhtar Petah
MANUSIA - MANUSIA SUFI
(Setiap individu yang hendak menjadi ahli sufi atau tarikat mesti atau wajib ada pengetahuan tauhid, usuluddin, tasawwuf dan akhlak Islam. Jika tidak ada yang demikian, mereka akan menjadi orang sesat dalam ibadat dan seperti buta kehilangan tongkat - Penulis)
Perkataan ‘Sufi’ terdapat banyak pendapat dari para ahli bahasa Arab dan bahasa – bahasa lain, bahawa perkataan itu berasal dari bahaya Yunani, iaitu bererti ‘hikmah’.Tetapi pada umumnya para ulama Islam berpendapat, bahawa perkataan itu dari bahasa Arab, yang bererti ‘bulu kambing’.
Perataan ‘sufi’ menggunakan ‘ssad’, iaitu ‘sin’ berganda atau tebal. Perkatan ‘ssufi’ berasal dari kata ‘ssuf’, iaitu bulu kambing. Contoh yang boleh kita trima, ialah dari Hadis Rasul Allah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam, yang ada kata ‘ssuf’ iaitu:
Saya telah keluar pada safar bersama Nabi sallallahualaihiwasallam dan beliau memakai jubah dari ssuf – bulu kambing.
– Perawi: Abi Burdah
Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. di Madinah al Munawarah, iaitu sebelum turun wahyu Allah di masjid Qablatain – dua kiblat – berhubungan dengan Allah Subhanhu wa Ta’ala memerintahkan Junjungan dan umat Islam mengubah penghadapan sembahyang atau kiblat dari Baitul Muqdis ke Baitullahil Haram, ada ramai orang Arab hitam dan miskin, hampir semua memakai ‘ssuf’ bulu kambing warna putih, menumpang tinggal di bahagian penjuru masjid An Nabawi, dan tempat mereka tinggal itu dinamakan ass sufa.
Sesungguhnya Kami – Allah – melihat berbalik – balik – berulang kali tengadah - muka anda – Muhammad – pada langit - meminta datang wahyu -.Dengan demikian Kami – Allah – palingkan muka anda ke kiblat yang anda sukai, maka, hadapkanlah muka anda ke arah Masjid Al Haram – Ka’abah -. Di mana sahaja anda berada, hadapkanalah muka anda ke arahnya – Ka’abah - .
– Al Baqarah: 44
Banyak pendapat, Ssufi diambil dari kata ssuf , iaitu bulu kambing – putih – menandakan bersih. Para ahli sufi memang berhati bersih; bersih terhadap Allah, Kuat iman, takwa, menyerah diri kepada Allah, berharapkan reda Allah dan zuhud, iaitu mengutamakan Allah dan hari akhirat dari menyayangi dunia.
Dunia yang didmaksudkan, ialah kemewahan sehingga mengabaikan iman, takwa,menhyerah diri kepada Allah dan berharap keredaan Allah.Dinia juga bermaksud segala yang terlarang dalam Islam dan oleh Allah. Dalam bahasa Arab ada menyebut tentang dunia demikian, iaitu:
Dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya, bangkai.
Orang – orang sufi terdiri dari mereka yang sarat dengan ilmu pengetahuan agama Islam. Mereka orang – orang yang kenal diri sendiri, Kenal Allah Subhanahu wa Taala, beriman kepada yang Maha Esa itu, Ihsan kpada allah dan kepada umat manusia, beramanah, berakhlak dan kuat beribadat kepada Allah yang Maha Esa.
Pada zaman Rasul Allah Muhammad s.a.w. di Makkatul Mukaramah sebelum berhijrah ke Madinatul Munawwarah, selama Junjung tinggal di Madinah dan setelah wafat Junjungan, ramai ahli sufi di Tanah suci tersebut, di antara mereka, iaitu:
1 - Para sahabat tertinggi:
a. Abu Bakar As Siddiq,
b. Uthman ibni Affan,
c. Umar Al Khattab,
d. Ali bin Abni Talib.
2 - Para sahabat seperjuangan pada jalan Allah:
a. Mereka yang terkorban dalam perang Badar, perang Uhud, perang Yamamah dan perang Nahawand. Di antara tujuh puluh orang yang terkorban dalam perang Abdullah bin Jahsy, Al Haris bin Anas bin Rafi dan Malik bin Sinan bin Ubaid bin Sa’alabah.
3 - Para sahabat yang bertugas mencatatkan hadis – hadis Rasul
Allah Muhammad s.a.w. dan di antara mereka itu, ialah:
a. Abu Hurairah – mencatat 5,374 hadis.
b. Abdullah ibni Umar – mencatat 2,630 hadis.
c. Anas bin Malik – mencatat 2,286 hadis.
d. Abdullah ibnu Abbas – mencatat 1,660 hadis
e. Jabir bin Abdullah – mencatat 1,540 hadis.
f. Abu Said al Kudri – mencatat 1,170 hadis.
Para pemimpin mazhab:
Ahlus sunnah wal jamaah
a. Hassan Asy Syaari.
b. Imam Hambali
c . Imam Shafie
d.Iman Hanafi
e.Imam Maliki dan beberapa orang lagi.
Para imam pemimpin mazhab – mazhab lain,di antara mereka:
Taimiyyah, Taqiuddin Abu Al Abbas Ahmad bin Sahabuddin Abil Mahasin Abdul Halim bin Majuddin Abi Al Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdullah bin Abi Al Qasim Al Qudri bin Muhammad Al Qadri bin Ali bin Abullah bin Taimiyyah (661H – 1263M).
Abu Abbas Ahmad bin Muhammad bin Muhtar bin Ahmad bin Muhammad Salim Tijani (1150 – 1230h/ 1737 – 1815m ), pengasas mazhab Tijaniyah, Abu Ala Al Maududi (1321 – 1399H / 1903 – 1979), pemimpin Jama’ah Islam India dan Pakistan,
Pecinta Hikmah
Pada zaman para khalifah Islam dan kemudian dari mereka terdapat ramai ahli sufi yang tekenal dengan gelaran failasuf – dari bahasa Yunani, filsuf, ertinya, Pencinta Hikmah. Di antara mereka itu,ialah:
1- Al Kindi – Abu Yusuf ibnu Ishak al Kindi (188 – 260 / 803 – 873)
2 - Abu Bakar Muhammad ibnu Zakaria Ar Razi (312 – 864 ? – 924).
3 - Abu Mughith Al Husain Mansur Al Halaj ( 244 – 309 H) ,
Seorang dari para ulama Islam yang menganut mazhab hululiyyin dan ittihadiyyah, di Iraq. Dia di bunuh dengan di potong tangan dan kakinya oleh Penguasa.
4 - Al Farabi - Muhammad ibnu Muhammad ibnuTarkhan ibnu Uzlagh Abu Nasr al Farabi (257 –339 / 870 – 950).
5 - Ibnu Sina – Hussein ibnu Abdullah ibnu sina –Aven Sina - (370 – 428 / 980 – 1037).
6 - Al Ghazali – Abu Hamid bin Muhammad al Ghazali (450 – 5t05 / 1058 – 111). Di antara buku – buku karangannya, Ihya’ Ulumuddin.
7- Ibnu Bijah – Abu Bakar ibnu Yahya ibnu Al Sa’igh – Avenpace atau Avempace (500 – 33 /1106 – 38).
8- Ibnu Tufail – Abu Bakar Muhammad ibnu Abdul Malik ibnu Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tufail Al Qaisy (504 – 581)
9 - Ibnu Rusyd – Abu Al Walid Muhammad ibnu Ahmad ibnu Muhammad ibnu Rusyd –Averroes ( 520 – 95/ 1126 – 98).
10 -Ibnu Khaldoon – Abu Zaid ‘Abdur Rahman ibnu Khaldoon ( 732 – 808 / 1332 – 1406).
11- Omar Khayyam, Farsi – Iran (1048 -1131H).Dia terkenal sebagai penyair
12 –Jalaluddin Rumi bin Bahauddin Walas – 1207 – 1273 –
13 - .Abu ‘Ala Al Maududi bin Sayyid Ahmad Hassan (1321 – 1399H / 1903 – 1979).
14 - Rabi’atul Adawiyyah (w 135H, 180 atau 185H). Dia ahli sufi wanita.
15 - Zun Nun Al Masri (w 245)
16 - Mahyuddin bin Arabi – Sheikhul akbar (560 – 638H).
17 - Abu Hassan Asy Syazali (593 – 656 H)
18 - Abu Al Qasim Al Junaidi (w 297 H) .
19 - Abu Mughith Al Husain Mansur Al Halaj (244 – 309 H).
20 - Abu Yazid Bustami (w 234H)
21 - Sheik Muhammad Ilyas Kandahlawi (1303 –1364) .
22 - Al Hussein Az Zahra,penyair sufi (1833 –
1895M).
Mereka yang tergolong dalam orang – orang sufi menjalankan ibadat yang dinama tarikat, iaitu, ibadat pada jalan Allah – dan sulk atau suluk – ibadat pada jalan Allah. Mereka digelar ahli tarikat dan ahli suluk.
Ahli sufi dunia Melayu
Dalam dunia Melayu – dari Champa, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei - , seluruh kepulauan Melayu atau Indonesia dan hingga Filipina – kawasan umat Islam - , terdapat ramai ulama dan dalam golongan ahli sufi. ahli tarikat atau ahli suluk.
Di antara ulama yang dalam golongan ahli – ahli sufi nusantara, ialah:
1- Imam Bonjol, Indonesia
2- Wali – wali songo atau wali sembilan,
3 - Sheikh Kuala – Aceh, Indonsia,
4 - Sheikh Daud Pattani, Selatan Thailand,
5- Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al falaki , Kuala Kangsar, Perak - ,
6 - Sheikh Haji Nawawi Muhammad – Sheikh janggut Merah – Pantai Remis, Perak.
7 - Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik – Kedah ,
8 - Sheikh Haji Junid Tala, Padang Rengas, Perak,
9 - Sheikh Muhammad Idris al Marbawi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak,
10 - Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir, Pattani, Selatan Thailand,
11 - Sheikh Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang,
12- Sheikh Abdul Rahmam Merbauk, Kedah,
13 - Haji Wan Musa Wan Tabal, Kota Bharu, Kelantan,
14 - Haji Muhammad Salleh Masri, Bukut Mertajam, Pulau Pinang.
15 - Haji Ahmad Maher bin Ismail, Kota Baharu, Kelantan,
16 - Tok Kenali atau Muhammad Yusof bin Ahmad, Kota Bharu, Kelantan,
17 - Haji Abdul Karim Amarullah atau Hamka, Indonesia,
18 - Haji Ahmad Fuad Hassan, Manong, Kuala Kangsar, Perak,
19 - Haji Hussain Che Dol, Guar Chempedak, Kedah,
20 - Kiyai Haji Ahmad Dahlan, Indonesia,
21 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir,Gunung Semanggol, Perak,
22 - Ustaz Haji Mat Saman bin Muhammad, atau Haji Mat Saman Kati,Taiping, Perak,
23 - Sheikh Muhammad Arshah Al Banjari, Indonesia
24 - Haji Agus Salim, Indonesia,
25 - Sheikh Abu Bakar Al Shaari, Perlis,
26 - Imam Sheikh Ibrahim al Pattani, Selatan Thailand,
27 - Sheikh Muhammad Nafis bin Idris Al Banjari – Pengarang kitab – kitab kuning - , Darun Nafis.
Terengganu
1 -Tok Pulau Manis, Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (1650 – 1736) – pengarang kitab tasawwuf Syarh Hikam.
2 – Sheikh Daud Al Fatani - Daud non Abdullah Pattani (1769 – 18470.
3- Tok Pulai Chondong, Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah bin Imam Hashim, Kpg Bira, Pattani (1207H (1792M)
3 – Sheikh Nik Dir - Sheikh Abdul Kadir bin Aqbdul Rahmanb al Fatani.
4 – Sheikh Muhammad Said Linggi, N. Sembilan (1875 – 1926)
5 – Tok Malik Sungai Pinang Haji Abdul Malik bin Hasan (1813 – 19280.
6 – Tok Kenali , (1868 – 1933) Muhammad Yusuf bin Ahmad.
7 - Tok Kemuning , Haji Ismail bin Haji Senik (1885 – 1934)
8 Tuan Husin bin Hjai Muhammad Nasir Kedah (1863 – 1936
Semua ulama yang termasuk dalam golongan ahli sufi, tidak menggelarkan diri mereka sendiri dengan gelaran ‘ahli sufi’, tetapi di gelar atau diberi penghormatan dengan gelaran atau ganti nama tersebut oleh para murid atau para pengikut mereka dan orang ramai yang mengetahui diri mereka.
(Disaring dari manuskrif buku, Manusia Dan Hakikat Ibadat Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment