Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday, 20 October 2013

Bacaan Qunut yang selalu dibaca

http://afiqme.blogspot.com/2013/10

Bacaan Qunut yang selalu dibaca oleh masyarakat di sini ketika fardu subuh itu sebenarnya adalah qunut semasa solat witir. Dalilnya:

قَالَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الْوِتْرِ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Al Hasan bin Ali r.anhuma berkata, Rasulullah SAW mengajariku beberapa kalimat yang saya ucapkan dalam (qunut) solat witir, iaitu:
'ALLAHUMMAHDINI FIIMAN HADAIT, WA'AAFINI FIIMAN 'AFAIT, WATAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT, WABAARIK LII FIIMA A'THAIT, WAQINII SYARRAMA QADLAIT, FAINNAKA TAQDLI WALAA YUQDLA 'ALAIK, WAINNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT, TABAARAKTA RABBANA WATA'AALAIT.'
(Riwayat at-Tirmidzi. Sahih)

Oleh itu, anda boleh melazimi solat sunat witir anda dengan membaca doa qunut ini.

Adakah ada riwayat Rasulullah qunut pada setiap kali solat fardu subuh?
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW hanya qunut pada solat subuh jika mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum. Dalilnya:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا يقنتُ في صلاة الفجرِ إلا إذا دعا لقومٍ أو دعا على قومٍ

"Nabi SAW itu tidak pernah qunut dalam solat fajar (subuh) kecuali bila untuk mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum."
(Riwayat at-Tabari, az-Zahabi, ibn Hibban dan ibn Khuzaimah. Isnadnya sahih dan ada yang menilainya hasan)

Oleh itu, berdasarkan hadis ini, dapat kita ketahui bahawa qunut subuh tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW secara terus menerus.

Berkenaan dengan hadis:

ما زال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقنُتُ في الفجرِ حتى فارقَ الدنيا

"Rasulullah SAW itu selalu berqunut dalam Solat Subuh hingga beliau wafat."

Hadis ini darjatnya lemah (dhaif) kerana di dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ar-Razi. Dia bukan seorang yang kuat dan hadisnya tidak dapat dijadikan hujah.

Menurut Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah: "Tidak masuk dalam akal kita bahawa selama hidupnya Rasulullah SAW berqunut dalam solat Subuh, tetapi ditinggalkan begitu sahaja oleh para khalifah sesudahnya. Bahkan ada keterangan bahawa Anas sendiri juga tidak berqunut dalam solat subuh."

Wallahu a’lam.


" أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا يقنتُ في صلاة الفجرِ إلا إذا دعا لقومٍ أو دعا على قومٍ

"Nabi SAW itu tidak pernah qunut dalam solat fajar (subuh) kecuali bila untuk mendoakan kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum."
(Riwayat at-Tabari, az-Zahabi, ibn Hibban dan ibn Khuzaimah. Isnadnya sahih dan ada yang menilainya hasan)" 

Salam sahabat, nk tanya yer, apakah yg dimaksudkn dgn hasan? 

:)Reply

Replies


Hadis yang diterima (maqbul) terbahagi kepada dua... sahih dan hasan ... kedua2 boleh dijadikan hujah.. jika dinilai sahih, hadis itu benar2 kuat ... daya ingatan perawinya benar2 kuat ... jika hadis hasan pula, perawinya bukanlah tidak kuat, tetapi daya ingatannya tidak sekuat perawi hadis sahih .. itu perbincangan asas mengenao hadis sahih dan hasan ... ada lagi aspek2 yg mendalam dan perbincangan yang lebih detail spt ada pula sahih lizatihi, lighairihi dan sebagainya ... 

cuma apa yg lebih mudah nak faham... hadis sahih dan hasan boleh diterima sebagai hujah hukum syarak. wallahua'lam

No comments:

Post a Comment