Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday, 16 December 2013

Nak Percaya Surat Khabar Atau Nak Percaya Makrifat

December 16, 2013
Filed under: Uncategorized — makrifattokkenali @ 10:01 pm 

Percaya Surat Khabar atau Percaya Imu Makrifat!

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Pada tanggal 15hb Dec. Saya mendapat panggilan daripada ananda Nurul Syuhada dari Tawau Sabah. 

Katanya beliau terbaca artikel dari seorang yang bergelar Ustaz yang menjadi satu-satunya ustaz diMalaysia ini yang dengan tidak jemu-jemu mengutuk, mencai dan mencela saya (tidak payah saya menyebut nama ustaz tersebut).

Katanya saya ini Shaari bin Mohd Yusof bin che Wook bin Hussin bin Syed Ali telah didapati mengajar ajaran sesat dan ajaran salah, dengan megempilkan keratan surat khabar. 

Dulu ustaz ini telah saya bagi amaran melalui salinan laporan POLIS, dan telahpun diberi amaran oleh pihak POLIS. Nampaknya masih juga menabur fitnah terhadap saya.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati sekalian. Jika kita berpandukan kepada lapuran surat khabar, sesungguhnya pada dua tahun yang lepas, saya ini sudahpun dihukum, dilebel dan dituduh sesat oleh surat khabar HARIAN METRO selama dua hari berturut-turut. 

Lantaran dari itu, saya telah pun disiasat oleh pihak JAKIM serta pihak berkuasa KDN sehinggga ketapak tanah kelahiran saya Tanah Merah Kelantan.

Syukur kepada Allah Taala, telinga saya sendiri telah menerima panggilan talipon dari pegawai KDN yang mengatakan setelah siasatan dibuat, didapati “tidak ada apa-apa yang hendak diketengahkam”

Pada tahun ini, sekali lagi saya menerima nasib yang sama malahan lagi hebat dari dua tahun yang lepas dan mungkin pada tahun yanng mendatang akan menerima tamparan dan tuduhan yang lebih berat dari tahun yang sudah-sudah.

Tentang tuduhan sesat oleh surat khabar itu, sebenarnya telah dibuat oleh satu dua orang pegawai JAKIM yang tidak berpuas hati dengan ilmu makrifat dan telah berpakat dengan pemberita surat khabar lalu menyiarkan laporan sedemikian. 

Jika saya sesat dan salah, sudah tentu pihak JAKIM telah memanggil dan mengutus surat kepada saya minta saya henti dan batalkan semua penerbitan kitab!.

Sedangkan pada masa perjumpaan saya dengan JAKIM tempuh hari, sebenarnya bukan JAKIM yang panggil saya, tetapi saya yang memanggil perjumpaan dengan pihak JAKIM itu, adalah saya bukan JAKIM. Saya menulis surat untuk dibaut perjumpaan. 

Berkebetulan pada hari itu, pihak JAKIM dan ahli jawatan FATWA telah membuat mesyuart selama 3 hari bagi memperbincangkan fahaman syiah dan Tuhan Harun, tiba-tiba secara berkebetulan, dalam masa yang sama saya membuat pertemuann dengan pihak JAKIM pada tempat dam masa yang sama. 

Lalu selepas mesyuarat itu, pegawai dari pihak JAKIM yang tidak senang dengan makrifat, telah berpakat dengan pihak surat khabar dan melebelkan saya sebagai membawa ajaran sesat!. 

Sedangkan Dato’ yang mempengerusi mesyuarat pada hari itu, tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang saya ini membawa ajaran sesat. 

Dato’ pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu, cuma menegur ada tujuh atau lapan muka surat, yang isi kandungannya agak mengelirukan dari segi istilah dan telah saya minta membuat pembetulan. Tidak ada teguran yang mengatakan sesat atau salah.

Untuk pegentahuan tuan-tuan, sekalipun berkemungkinan fahaman pegawai JAKIM mengatakan kitab saya ini mengelirukan atau (sesat), pihak JAKIM tidak boleh sekali-kali mewartakan sesat, selagi tidak diluluskan oleh pihak KDN (selagi tidak ada kelulusan pihak KDN, pihak JAKIM tidak ada hak dan tidak ada kuasa untuk memutuskan sesat). 

Hanya pihak KDN sahaja yang boleh menentukann haram atau halnya sesebuah kitab (bukan JAKIM). Saya sendiri telahpun pergi kepajabat KDN minta panduan dan pandangan, mengikut pegawai KDN, pegawai KDN sendiri telah menasihati saya yang banyak kitab-kitab yang dihantar oleh JAKIM untuk minta diharamkan, telah tidak diterima oleh pihak KDN dengan kata lain (telah ditolak oleh pihak KDN).

Sebagaimana saya nyatakan dalam tulisan saya yang sudah-sudah, sekiranya saya benar-benar dituduh sesat, sudah tentu JAKIM telah memanggil saya dan pihak KDN telah menyiasat saya. 

Dalam ketiga-tiga surat saya kepda JAKIM, telah saya letakkan alamat tetap dan alamat rumah kediaman, serta 3 talian talipon saya, yang pada bila-bila masa boleh dihubungi. 

Jika benar warta sesat dikeluarkan oleh pihak KDN, saya akur dan akan saya patuh segala apa yang akan dimungkinkan kepada saya.

Kepada ustaz yang selalu mengkhianati saya itu, harap berhentilah, ingat, ingat dan ingat laporan polis yang telah saya buat itu, tetap akan boleh dibuka semula jika saya mahu. 

Tuduhan mengikut laporan surat khabar itu, tidak boleh dipakai selagi tidak ada warta kerajaan! (warta KDN atau warta JAKIM), ingat itu. Buat tuduhan hanya melalui perkhabaran surat khabar, masih boleh didakwa.

Tuduhan surat khabar, tuduhan hasil mesyuarat dan tuduhan mulut kemulut, tidak boleh diambil kira oleh pihak mahkamah.

Kepada sahabat-sahabat saya diluar sana, jika benar tuan-tuan sayangkan saya, saya minta tuan-tuan kumpul dana yang berupa sumber kewangan untuk saya bayar peguam bagi mendakwa ustaz itu, supaya boleh kita tutup mulut ustaz itu dari menabur fitnah terhadap saya. 

Jika saya ada wang untuk bayar peguam, saya berhajat untuk meneruskan pendakwaan terhadap ustaz itu. Jika tuan-tuan diluar sana benar-benar sayangkan saya, sila hulurkan bantuan untuk saya bayar peguam.

Selama ini saya diam (berdiam diri), diamnya saya itu telah diambil kesempatan oleh orang lain. Jika tuan-tuan nak buat pendakwaan terhadap ustaz tersebut, sila masukkan wang kedalam akaun MAY BANK shaari mohd yusof no 164472 319197, sms kepada talian 019- 4444 713 nyatakan nama yang benar dan wang itu akan saya guna untuk bayar upah peguam. 

Tambahan pula saya nak lihat setakat mana pengorbanan tuan-tuan terhadap saya selaku nahkhoda bahtera kosong. 

Sila tunjukkan simpati dan pengorbanan tuan-tuan terhadap saya, saya nak lihat setakat mana pengorbanan tuan-tuan terhadap perjuangan dalam bidang ilmu makrifat. ayoh…………………………

Dalam pada perkhabaran surat khabar yang menuduh saya sesat itu, ada hikmahnya. Hikmah atau pengajaran yang dapat saya kutip dari peristiwa itu, ramai dikalangan kita telah lari dari saya!. 

Ada yang dulunya rapat, kini bertanya khabar melalui taliponpun tidak dan dengan sahabat-sahabat sayapun mereka sisehkan. Itulah ukuran makrifat seseorang. Itulah ukuran tahap pelajaran atau keyakian makrifat seseorang. 

Sekarang baru saya sedar yang mana orang yang benar-benar yakin dengan yang berpura-pura. Baru saya tahu mana satu orang yang benar-benar sahabat atau yang benar-benar kerabat!.

Mereka lebih percaya surat khabar berbanding makrifat!. Begitu nipisnya makrifat mereka!. Orang-orang begini, tidak dijadikan muridpun tidak rugi. Mengajar saya dan menunjukkan kepada saya, siapa yang benar-benar berhati makrifat.

Ruangan santapan rohani

Akal tak mungkin sampai ketahap ilmu. Hanya ilmu sahaja yang memungkinkan sampai ketahap ilmu. “Orang bodoh selalu menuduh orang pandai itu sesat atau bodoh, orang pandai pula selalu menuduh bodoh atau sesat itu terletak pada diri merekanya sendiri, manakala orang bijaksana itu, tidak menuduh sesiapa bodoh atau tidak menuduh sesiapa sesat!”.

Jadi, orang yang selalu menuduh orang lain sesat atau bodoh itu, sebenarnya merekalah yang terlebih bodoh dan terlebih sesat!. Orang yang bijak sana tidak menuduh sesiapa sesat atau sesiapa bodoh!. Ingat pesan saya itu ya…………………………….drp hj shaari 15hb Dec jam 8.00 mlm.

No comments:

Post a Comment