Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 4 July 2013

Usaha Jahat Mengulingkan Presiden MURSI di Mesir.

Ringkasan Usaha Jahat Mengulingkan Presiden MURSI

Dataran Tahrir dan beberapa tempat lain di seluruh Mesir kembali menyaksikan hampir 2 juta rakyat keluar pada 30 Jun lalu bagi menggulingkan Presiden Dr.Mursi yang genap setahun pemerintahannya pada tarikh tersebut.

Para penyokong beliau yang terdiri dari penyokong Ikhwan Muslimin dan kumpulan Islam yang lain juga berhimpun pada tarikh yang sama tetapi memilih lokasi dataran Raba'ah yang ternyata lebih ramai dari lawan mereka yang mencecah hingga 4 juta orang.
...
See More


Ringkasan Usaha Jahat Mengulingkan Presiden MURSI

Dataran Tahrir dan beberapa tempat lain di seluruh Mesir kembali menyaksikan hampir 2 juta rakyat keluar pada 30 Jun lalu bagi menggulingkan Presiden Dr.Mursi yang genap setahun pemerintahannya pada tarikh tersebut.

Para penyokong beliau yang terdiri dari penyokong Ikhwan Muslimin dan kumpulan Islam yang lain juga berhimpun pada tarikh yang sama tetapi memilih lokasi dataran Raba'ah yang ternyata lebih ramai dari lawan mereka yang mencecah hingga 4 juta orang.

Usaha untuk menggulingkan Mursi telah bermula beberapa bulan lalu apabila gabungan pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai "Barisan Penyelamat" telah menutup semua pintu rundingan dan dialog yang ditawarkan oleh Mursi dalam semua isu termasuk isu yang berkaitan kedaulatan negara sebagai contoh isu Empangan Nahdhah Ethopia.

Usaha menolak semua dialog bersama Mursi ini telah mengisyhtiharkan 'perang' mereka ke atas Mursi semata-mata beliau dari Ikhwan Muslimin.

Mereka kemudian meneruskan penentangan kepada Mursi dengan melancarkan kempen yang dinamakan "Tamarrud" iaitu usaha mengumpulkan tandatangan rakyat agar Mursi berundur dan diadakan Pilihanraya Presiden yang baru lebih awal. Sebelum menjelang 30 Jun, mereka mengumumkan telah berjaya mengumpulkan lebih 20 juta tandatangan.

Dalam perlembagaan, sepatutnya Mursi akan tamat penggal pemerintahannya pada Jun 2016 iaitu empat tahun dan pada waktu itu Pilihanraya Presiden perlu diadakan. Tetapi pembangkang tidak dapat menerima kekalahan mereka yang ditolak oleh rakyat maka mereka mendendangkan 'lagu' bahawa Mursi gagal melaksanakan perubahan dalam tempoh setahun.

Adakah logik dan masuk akal dengan segala kehancuran dan kerosakan yang ditinggalkan oleh Mubarak selama 30 tahun, boleh diperbaiki oleh Mursi hanya dalam tempoh setahun?

Dalam masa yang sama, gerakan yang dianggotai oleh Mursi iaitu Ikhwan Muslimin dan parti politiknya, FJP terus menjadi sasaran politik kotor musuh. Dalam tempoh tidak sampai sebulan pada Disember 2012, sebanyak lebih 30 buah pejabat mereka dibakar dan 12 orang pemuda mereka dibunuh. Menjelang 30 Jun dengan pertembungan yang begitu hebat antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi, hingga kini seramai 8 orang penyokong Mursi terbunuh. Pada tarikh 30 Jun sahaja, seramai 5 orang lagi menjadi korban.

Taktik kotor musuh mengupah kumpulan perusuh dan mereka mempunyai hubungan yang erat dengan penyokong Mubarak meskipun mereka terpaksa melupakan kezaliman Mubarak kepada rakyat lebih 30 tahun lalu. Lebih mengecewakan ialah pasukan keselamatan gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menghalang lebih ramai rakyat awam menjadi korban. Ini kerana dalam Kementerian Dalam negeri termasuk pasukan polis masih terlalu ramai mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan Mubarak.

Semoga Mursi terus tabah berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana ia menjadi 'sunnatullah' kepada mereka yang mahu menegakkan kebenaran.
Like ·  ·  · 7 hours ago · 

Ikut manapun..golongan SYAITAN ( termasuk YANG DIKENALI )...juga yang..akan MERAMPAS kuasa POLITIK...daripada golongan yang mahu TEGAKKAN...perundangan ISLAM di bumi ALLAH ini...

Walaupun..kerajaan yang memerintah itu..kerajaan yang SAH..yang memenangi pilihanraya DEMOKERASI cara BARAT...namun HATI BUSUK..pihak BARAT terhadap ISLAM..tak kan boleh di TUTUP..selagi orang ISLAM...tidak TEGAKKAN undang undang BUKAN ISLAM..di negara ISLAM...selagi itulah TIDAK akan REDHO...manusia jenis..Yahudi dan NASORO...


Thursday, July 04, 2013

Rampasan Kuasa Di Mesir, Apa Sikap M'sia?


http://www.ibnuhasyim.com/2013/07/rampasan-kuasa-di-mesir-apa-sikap-msia.html

Oleh Dr Azman Ibrahim
Parti Refah pimpinan Dr Necmettin Erbakan menang besar dalam pilihanraya Turki pada tahun 1996. Dr Necmettin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan kerana digulingkan oleh tentera yang menjadi pelindung setia kepada sistem sekular Turki pada tahun 1997.



Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan pelbagai pertuduhan manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara 2 tahun tetapi dibebaskan serta mendapat pengampunan selepas itu dari Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).



Sejarah seakan berulang kembali, Dr Mohammed Mursi dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mesir dilantik sebagai Presiden pilihan rakyat pada tarikh 30 Jun 2012 setelah memenangi Pilihanraya Presiden dengan mendapat 51.7 peratus undi. Dr Mursi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara demokratik, selain merupakan orang awam pertama yang memegang jawatan tersebut.



Menjelang dinihari pagi 4 Julai 2013, kira-kira setahun empat hari mentadbir Mesir dengan, Ketua Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi dengan disokong Syeikh al-Azhar lantikan Hosni Mubarak, Ahmed al-Tayyeb, mengistiharkan rampasan kuasa. 



Walaupun dinafikan oleh pihak tentera bahawa ia adalah rampasan kuasa, apa lagi istilah yang boleh digunakan apabila apabila Pasukan Pengawal Republik menduduki stesyen televisyen, menangkap ketua stesyen TV Misr25, mengarahkan pihak lapangan terbang menyekat perjalanan pemimpin Ikhwan, beribu orang tentera berkonvoi di jalan-jalan utama Kaherah, kereta kebal memenuhi jalan-jalan, maka apa lagi istilah yang sesuai digunakan kalau ini bukan rampasan kuasa. 



Berita yang diterima melaporkan Morsi dikenakan tahanan rumah. Kita meyakini susulannya dari rampasan kuasa ini, Mursi, pimpinan FJP dan Ikwan Muslimun akan dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan yang direka-reka selepas ini sebagai alasan untuk proses penangkapan secara besar-besaran.



Di kalangan pemimpin Negara ummat Islam, Perdana Menteri Turki kelihatan paling tegas dan bermaruah di dalam isu ini apabila secara jelas mengistiharkan bahawa Turki tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang tak bertamaddun ini dan akan terus berurusan dengan kerajaan yang sah pilihan rakyat pimpinan Presiden Mursi.



Kita tentunya memandang sinis dengan kenyataan Presiden Obama yang mengesa supaya dipulangkan semula kuasa pemerintahan Mesir kepada kerajaan pilihan rakyat. Manakan tidak, ketika seluruh dunia memaklumi bagaimana dokongan kukuh Obama kepada Yahudi Israel dan segala polisi zalim mereka terhadap Palestin. Sedangkan polisi Mursi adalah membela Palestin dan anti Israel. Tiba-tiba seolah-olah Obama sebagai bapak pelindung Israel ingin menunjuk baik. Sungguh inilah telunjuk lurus kelinking berkait!



Bagaimana sikap kita Malaysia? Perdana Menteri jangan berlagak bacul tanpa apa-apa penegasan bermakna dalam isu ini. Yang pertama atas nama sesama negara Ummat Islam. Yang kedua atas nama demokrasi. Yang ketiga atas nama hak asasi manusia. Tak kan kita nak melihat sahaja mereka yang tidak bersalah sedang berhadapan dengan tindakan rakus dan agresif polis serta tentera Mesir.



Parlimen sedang bersidang. Ayuh bentangkan satu usul mengutuk rampasan kuasa ini. Kemudian isytiharkan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tindakan rampasan kuasa yang tak bertamadun. Kalau perlu tarik balik Duta Malaysia di Mesir sebagai menandakan seriusnya bantahan kita sehingga mandat rakyat dikembalikan. Beranikah kita? 



Penulias ialah AJK Perhubungan PAS Terengganu.



Lihat sebelum ini...

No comments:

Post a Comment