Translate

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 1 February 2014

Penilaian semula mata wang dunia

http://lynnmunir.blogspot.com/2014/02/penilaian-semula-mata-wang-dunia.html

Nota bank yang diguna pakai di zaman Dinasti Yuan di China adalah pelopor kepada duit fiat dunia yang pertama.


Bank note dinasti Yuan 

Sementara Nixon Shock yang berlaku pada 1971 pula menyaksikan bagaimana sistem kewangan fiat telah menguasai dunia dengan mengenepikan emas sebagai sandaran mata wang dan apa yang terjadi seterusnya adalah malapetaka kewangan. 

Hari ini tanpa kita sedari ekonomi dunia sedang dirombak. 

Penyusunan atau penilaian semula mata wang di lebih 134 negara sedang berlaku. Ada yang mengalami penyusutan nilai dan ada juga yang mengalami kenaikan. Bergantung kepada perkembangan ekonomi negara mereka. 

Global currency reset sedang berlaku secara senyap dan sedang menerapkan kemestian Basil 111 dalam sistem perbankan dan kewangan dunia. Kemelesetan ekonomi dunia perlu dipulihkan dan proses pemulihan itu termasuklah 'penolakan semula sistem matawang fiat.' 

Semua mata wang dunia dikembalikan semula kepada 
penilaian asal dan nilainya mestilah bersandarkan kepada simpanan emas sesebuah negara terbabit. 

Proses kenaikan dan penilaian semula matawang sesebuah negara itu adalah dengan bersandarkan aset-aset yang mereka punyai. Iaitu aset-aset fizikal dan keupayaan mereka membuat keuntungan di masa hadapan. 

Dan ini boleh saja berdasarkan kepada peningkatan pengeluaran pertanian,perhutanan, perikanan, pengeluaran minyak dan gas, malahan hasil-hasil logam yang terhasil dan dijumpai di bumi mereka. 

Apabila sesebuah negara itu berjaya membangun ekonominya bererti ia mampu mengwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya memperelok perolehan / penghasilan negara terbabit sehingga ekonominya menjadi ketara berkembang dan dari situlah 
penilaian mata wang sesebuah negara itu dilakukan.

- See more at: http://lynnmunir.blogspot.com/2014/02/penilaian-semula-mata-wang-dunia.html#sthash.vEmbjnYh.dpuf